Berprasangka Buruk

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:

إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ، وَلاَ تَحَسَّسُوا، وَلاَ تَجَسَّسُوا، وَلاَ تَبَاغَضُوا، وَلاَ تَدَابَرُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا ‏

Maksudnya: Jauhilah daripada berprasangka buruk, kerana prasangka buruk merupakan dusta yang besar. Dan janganlah melihat kesalahan orang lain, dan janganlah suka mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah saling membenci, dan janganlah memutuskan hubungan persaudaraan (atau berkonspirasi) akan tetapi jadilah kamu semua sebagai hamba Allah yang bersaudara.

Riwayat al-Bukhari (5143)

Menjaga Silaturrahim

Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.”

Riwayat al-Bukhari (5986)

Masjid Al-Haram

Masjid Al-Haram, situated in the city of Mecca in Saudi Arabia, holds a paramount significance in Islam as the holiest mosque. Central to its sanctity is the Kaaba, a cubic structure housed within the mosque, towards which Muslims globally turn during their daily prayers. The mosque’s historical and religious significance predates Islam, with traditions suggesting that the Kaaba was built by the Prophet Ibrahim (Abraham) and his son Ismail (Ishmael). As the focal point of the Hajj pilgrimage, one of the Five Pillars of Islam, Masjid Al-Haram welcomes millions of worshippers each year, fostering a sense of unity and spiritual connection among the Muslim community.

The mosque itself has undergone numerous expansions and renovations throughout history, reflecting the growth of Islam and the increasing number of pilgrims. The current structure covers a vast area and features distinctive architectural elements, including the towering minarets and the iconic black and gold Kiswah, or cloth covering the Kaaba. The Grand Mosque’s capacity has been continually expanded to accommodate the ever-growing number of worshippers, reaching its zenith during the annual Hajj pilgrimage when millions gather for a collective spiritual experience.

Masjid Al-Haram stands as a symbol of unity, devotion, and the deep-rooted traditions of Islam. Its spiritual aura and historical significance make it a revered site for Muslims worldwide, drawing millions to Mecca each year to fulfill their religious obligations and experience the profound sense of connection with the Islamic faith and its shared heritage.

Mukmin Umpama Pohon Muda

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِ كَمَثَلِ خَامَةِ الزَّرْعِ يَفِيءُ وَرَقُهُ مِنْ حَيْثُ أَتَتْهَا الرِّيحُ تُكَفِّئُهَا فَإِذَا سَكَنَتْ اعْتَدَلَتْ وَكَذَلِكَ الْمُؤْمِنُ يُكَفَّأُ بِالْبَلَاءِ وَمَثَلُ الْكَافِرِ كَمَثَلِ الْأَرْزَةِ صَمَّاءَ مُعْتَدِلَةً حَتَّى يَقْصِمَهَا اللَّهُ إِذَا شَاءَ

Maksudnya: “Perumpamaan orang mukmin adalah ibarat sebatang tanaman yang muda lembut yang melambai-lambai daunnya, bergoyang apabila ditiup angin. Apabila berhenti angin daripada bertiup maka dia berdiri tegak. Demikian keadaan seorang mukmin, kadang-kadang dicondongkan (sentiasa diuji) dengan bala atau ujian. Sebaliknya perumpamaan orang kafir bagaikan pohon kayu jati yang keras yang berdiri tegak (tidak bergerak-gerak) hingga Allah (dengan mudah) mematahkannya (membinasakannya) bila Allah menghendakinya.”

Riwayat al-Bukhari (7466)

  • Setiap Mukmin akan melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam hidup.
  • Untuk menjadi mukmin sebenar, mesti melalui ujian dan cabaran dengan sabar dan redha di atas ketetapan qada dan qadar.
  • Dalam masa yang sama, melalui ujian dan bencana inilah dapat diketahui kekuatan, keyakinan dan kesabaran seseorang kepada Allah.
  • Semoga kita diberi kekuatan untuk menjadi mukmin yang tahan diuji dan sabar menghadapi ujian dan musibah.

The Concept of Rizq (Sustenance) is so Beautiful

Allah says in Quran:

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا

” And whosoever fears Allah and keeps his duty to Him, He will make a way for him to get out (from every difficulty). And He will provide him from (sources) he never could imagine. And whosoever puts his trust in Allah, then He will suffice him. Verily, Allah will accomplish His purpose. Indeed Allah has set a measure for all things.”

Surah at-Talaaq: Ayah 2-3

  • The most beautiful form of Rizq is not money, rather it is, Tranquility of a soul, Healthiness of a body, Purity of a heart, Du’a from a mother, Kindness of a father, Caring of a friend, Du’a from someone who loves you for the sake of Allah.
  • May Allah grant you all these forms of Rizq.

Du’a for Relief from Sadness, Depression, Anxiety, Worries and Difficulties

حَسۡبِيَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ

“Allāh is sufficient for me. Lā ilāha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He) in Him I put my trust and He is the Lord of The Mighty Throne.”

Surah At-Tawbah: Ayah 129

Masjid Quba: Masjid Pertama Dibina Di Dunia

Masjid Quba, terletak di bandar Madinah, diiktiraf sebagai masjid pertama dalam sejarah Islam, Masjid Quba menjadi lambang iman, komuniti, dan ketenangan.

Masjid bersejarah ini ialah sebahagian daripada sirah kehidupan Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam. Selepas berhijrah ke Madinah, baginda menetapkan asas batu dengan tangannya sendiri bagi pembinaan Masjid Quba.

Senibina Masjid Quba adalah sederhana tetapi elegan, dengan dinding putih dan halaman besar. Atmosfera yang damai dan suasana yang menjadikannya tempat perlindungan untuk ibadah. Masjid ini bukan hanya sebuah tapak bersejarah tetapi juga saksi hidup kepada kesatuan umat Islam.

Sekitar Masjid Quba hari ini agak meriah, dengan penduduk tempatan dan pelawat yang bersama untuk menunaikan solat dan membina silaturahim. Masjid ini berfungsi sebagai titik tumpuan untuk aktiviti komuniti, acara keagamaan, dan program pendidikan.

Sebagai kesimpulan, Masjid Quba bukanlah sekadar mercu tanda bersejarah; ia adalah saksi kepada iman dan pengabdian umat Islam.

Allah Mengangkat Darjat Orang Pemurah dan Pemaaf 

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Maksudnya: “Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan. Tidak ada balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya” 

Riwayat Muslim (2588)

Doa Dalam Diam

Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”.

Riwayat Muslim (2733)

  • Islam sangat menggalakkan setiap umatnya agar sentiasa berdoa kepada saudaranya.
  • Kita dituntut untuk mendoakan perkara-perkara kebaikan kepada saudara kita.
  • Doa seorang hamba tanpa pengetahuan saudaranya adalah mustajab di sisi Allah SWT.
  • Setiap apa yang kita doakan, Allah SWT juga akan mengurniakan kepada kita sama seperti yang kita doakan.

Saidina Uthman ibn Affan

Uthman ibn Affan adalah salah seorang dari empat khalifah yang dianggap oleh umat Islam sebagai Khulafa’ur-Rasyidun, iaitu khalifah yang dianggap sebagai penerus Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam dan dipilih secara sah oleh umat Islam. Uthman ibn Affan adalah khalifah ketiga setelah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar ibn al-Khattab.

Uthman ibn Affan dilahirkan sekitar tahun 576 Masihi di Mekkah. Baginda digelar sebagai “Dzun-Nurain” (pemilik dua cahaya) kerana menikahi dua putri Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, iaitu Ruqayyah dan setelah wafatnya Ruqayyah, Ummu Kultsum.

Sebagai khalifah, Uthman memerintah selama 12 tahun (644-656 Masihi). Antara sumbangan di dalam pemerintahan baginda ialah baginda sempat meluaskan kekhalifahan, memantapkan sistem pentadbiran, dan pembukuan mushaf Al-Quran. Meskipun banyak perubahan positif, pemerintahannya juga terpaksa berhadapan dengan beberapa fitnah dan kontroversi yang akhirnya berakhir dengan pembunuhan beliau.

Uthman ibn Affan adalah salah satu tokoh dalam sejarah awal Islam dan peranannya sangat besar dalam membentuk dasar-dasar Kekhalifahan Islam.