Bersedekah Menjauhkan Seseorang Daripada Api Neraka

Daripada Adi Bin Hatim RA, Dia berkata, Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

اتَّقُوا النَّارَ ولو بشِقَّةِ تَمْرَةٍ

Maksudnya: “Jagalah diri kalian daripada api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sepotong kurma.”

Riwayat al-Bukhari (3595)

  • Jom suburkan amalan sedekah sebagai sebahagian daripada kehidupan kita semua.
  • Semoga kita termasuk di kalangan sebahagian hambaNya yang gemar memberi dan mudah-mudahan amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT.

Dua For Forgiveness During Ramadan

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي ‏

“O Allah, indeed You are Pardoning, [Generous,] You love pardon, so pardon me.”

Jami` at-Tirmidhi (3513)

  • Ramadan is the month not for pausing your bad deeds. This is the month to completely remove them.
  • May Allah forgive all our sins.

Puasa adalah Menahan Lidah daripada Perkataan Keji

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi ﷺ bersabda:

‌مَنْ ‌لَمْ ‌يَدَعْ ‌قَوْلَ ‌الزُّورِ وَالعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji dan amalannya, maka Allah tidak berhajat pada seseorang yang meninggalkan makan dan minumnya”.

Riwayat al-Bukhari (1903)

  • Puasa bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum, akan tetapi puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan yang melalaikan dan perkataan keji.
  • Perkataan keji yang diucapkan ketika sedang berpuasa tidak membatalkan puasa. Namun, boleh menyebabkan puasa seseorang itu menjadi sia-sia dan tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

Memberi Makan Kepada Orang Yang Berbuka Puasa

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

Riwayat al-Tirmizi (807)

  • Semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang suka menjamu mereka yang berpuasa.

Dua Kegembiraan Bagi Orang Yang Berpuasa

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa, Rasulullah ﷺ bersabda:

لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ ، وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ

Maksudnya: Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya.

Riwayat al-Bukhari (7492)

– Semua manusia menginginkan kegembiraan, namun hanya sedikit sahaja yang mendapat kegembiraan sejati.

– Kebanyakan manusia terjerumus dalam kegembiraan palsu yang penghujungnya adalah kesengsaraan kerana kegembiraan hakiki itu hanyalah daripada Allah SWT.

– Justeru, Allah SWT menjanjikan melalui lidah Rasul-Nya akan mengurniakan dua kegembiraan kepada orang yang berpuasa dengan mematuhi adab-adabnya dengan sempurna.

Berpuasa di Bulan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :

إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ

Maksudnya: Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.

Riwayat al-Bukhari (1899)

Jangan Derhaka Terhadap Ibu Bapa

Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ

Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.”

Al-Adab Al-Mufrad, 591

Doa Meminta Cahaya

‏ اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا، وَفِي بَصَرِي نُورًا، وَفِي سَمْعِي نُورًا، وَعَنْ يَمِينِي نُورًا، وَعَنْ يَسَارِي نُورًا، وَفَوْقِي نُورًا، وَتَحْتِي نُورًا، وَأَمَامِي نُورًا، وَخَلْفِي نُورًا، وَاجْعَلْ لِي نُورًا ‏‏‏

Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah pada hatiku cahaya, pada lidahku cahaya, pada pendengaranku cahaya, pada penglihatanku cahaya, dari atasku cahaya, dari bawahku cahaya, dari kanan ku cahaya, dari kiriku cahaya, dari depanku cahaya, dari belakangku cahaya dan jadikanlah pada diriku cahaya dan besarkan lah cahaya untukku”

Sahih al-Bukhari, 6316

  • Semua makna cahaya ini tertuju kepada hidayah, penjelasan dan penerang kepada kebenaran.
  • Semoga Allah kurniakan cahaya petunjukNya agar hati kita sentiasa terdorong ke arah kebaikan.

Hold Tight to the Al-Quran and As-Sunnah

عَنْ مَالِكٍ، أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ ‏”‏ ‏.‏

From Malik that he heard that the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, “I have left two matters with you. As long as you hold to them, you will not go the wrong way. They are the Book of Allah and the Sunnah of His Prophet.”

(Imam Malik, 1628)

  • True guidance is following the Al-Quran and As-Sunnah the way it was revealed, not as we feel.
  • May Allah guide us all to His straight path.

Doa Berlindung Dari Empat Perkara

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ

Maksudnya: ” Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah merasa puas, dan dari doa yang tidak pernah dikabulkan.”

Sahih Muslim, 2722

  • Amalkan selalu doa ini selepas solat. Semoga Allah lindungi kita dari Empat perkara diatas.