Malaikat Mendoakan Orang Yang Tunggu Solat Dalam Keadaan Berwuduk

Daripada Abu Hurairah RA, Baginda ﷺ bersabda:

الْمَلاَئِكَةُ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مُصَلاَّهُ مَا لَمْ يُحْدِثْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ

Maksudnya: “Para malaikat akan mendoakan salah seorang di antara kalian selama ia tetap berada di tempat solatnya, selama ia tidak berhadas. Malaikat mengucapkan: “Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, rahmatilah dia.”

Riwayat al-Bukhari (659)

  • Kita mengetahui bahawa doa malaikat ini adalah antara doa yang dimakbulkan. Jadi, ini merupakan salah satu cara untuk meletakkan diri anda dalam doanya.
  • Oleh itu, apabila sudah sampai awal di masjid, niatkanlah untuk beriktikaf dan selama mana berada di dalamnya dalam keadaan berwuduk, malaikat pasti akan mendoakan anda.
  • Jadi, jangan sia-siakan peluang tersebut. Jangan anggap datang awal ke masjid itu merupakan perkara yang sia-sia.