How Valuable are You in the Sight of Allah?

Abu Hurairah RA reported, The Prophet ﷺ as saying:

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

“Verily Allah does not look to your faces and your wealth but He looks to your heart and to your deeds.”

Sahih Muslim (2564)

  • You can have all the gold and money of the entire Universe, but if you don’t have Allah then you still have nothing, your heart still remains empty.
  • May Allah grant us Jannah.

Kerana Syurga Itu Mahal

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ خَافَ أَدْلَجَ وَمَنْ أَدْلَجَ بَلَغَ الْمَنْزِلَ أَلاَ إِنَّ سِلْعَةَ اللَّهِ غَالِيَةٌ أَلاَ إِنَّ سِلْعَةَ اللَّهِ الْجَنَّةُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang takut (ditimpa kesusahan dalam perjalanannya), maka dia akan bertolak awal dan cergas. Barangsiapa yang bertolak cergas dia akan sampai pada destinasinya. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu sangat mahal. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu syurga.”

Riwayat al-Tirmizi (2450)

  • Terkadang kita acap kali bersenang-senang dan melakukan maksiat lalu mengharapkan syurga yang paling tinggi sedangkan Rasulullah ﷺ mengingatkan kita agar berusaha dan merancang untuk ke syurga.
  • Tidak dinafikan bahawa Allah berhak melimpahkan rahmatNya kepada sesiapa sahaja untuk mengurniakan syurga, namun secara fitrahnya Rasulullah ﷺ sendiri berusaha keras memartabatkan Islam bagi mendapatkan reda Allah dan dijanjikan syurga yang mahal.
  • Semoga Allah SWT membimbing kita.

Menjaga Kata-Kata

Abdullah Ibn ‘Amru R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Maksudnya : Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya.

Riwayat Al-Bukhari (6484)

  • Sesungguhnya setiap perkataan yang keluar daripada mulut seseorang insan boleh menyebabkannya dirinya dimasukkan ke dalam syurga. Sebaliknya jika perkataan tersebut mengundang kemurkaan Allah SWT, maka ia boleh menjadi sebab diri seseorang dilemparkan ke dalam neraka.
  • Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
  • Marilah sama-sama kita cuba untuk menjadi seorang muslim yang baik pada peribadi atau akhlak dengan menjadikan Rasulullah ﷺ sebagai contoh ikutan yang terbaik.

Sifat Sombong

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, dari Nabi ﷺ baginda bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً ‏.‏ قَالَ ‏”‏ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.”

Riwayat Muslim (91)

  • Kesombongan ada dua bentuk: iaitu sombong terhadap kebenaran dan sombong terhadap makhluk.
  • Menolak kebenaran adalah membantahnya dan berpaling darinya (enggan menerimanya).
  • Memandang rendah manusia pula adalah merendahkan dan meremehkan orang lain, dia melihat orang lain tidak punya apa-apa sedang dia menganggap dirinya di atas mereka.
  • Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada sifat sombong serta menjadikan kita daripada golongan yang ikhlas. Amin.

Keutamaan Mengajak Dalam Kebaikan

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyeru (seseorang) kepada hidayah, baginya ganjaran sepertimana ganjaran orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun daripada ganjaran mereka (yang melakukan).”

Riwayat Muslim (2674)

  • Kita perlulah sentiasa menyeru manusia tidak kira warna kulit, bangsa dan agama kepada hidayah atau kebaikan. Ini kerana, ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang membawa saudaranya ke jalan hidayah adalah amat besar.
  • Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan hikmah dalam menyeru manusia ke jalan hidayah yang mana jalan hidayah inilah yang akan membawa manusia ke dalam syurga yang kekal abadi buat selamanya. Amin.

Righteous Fear vs. Sinful Delusion

Allah says in Quran:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةٗ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ

O you who believe! Turn to Allāh with sincere repentance! It may be that your Lord will remit from you your sins, and admit you into Gardens under which rivers flow (Paradise)

  • Ibn Qayyim said: “Do not belittle a small sin, for the biggest of fires can be caused by the smallest of sparks.”
  • If a person fulfills these 3 conditions then he is truthful in his repentance;
    • Regret over the sin committed
    • Abstaining from committing bad deeds
    • Firm resolve to not return to the sin
  • May Allah guide us to the straight path.

Doa Mendapat Ilmu, Rezeki dan Amalan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

Sunan Ibn Majah (925)

  • Marilah sama-sama kita beramal dengan doa ini.
  • Semoga Allah SWT kurniakan kita ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan diberkati serta amalan yang diterima.

Doa Memohon Syurga Dan Dijauhkan Daripada Neraka

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَسْتَجِيْرُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya aku memohon syurgaMu dan aku meminta denganMu menjauhi neraka.

Riwayat at-Tirmizi (2572)

  • Baca doa ini sebanyak 3 kali sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah ﷺ.
  • Semoga Allah mengurniakan kita syurga yang tertinggi dan dijauhkan dari azab neraka yang amat pedih.

Kelebihan Bagi Orang yang Sentiasa Berselawat ke atas Nabi ﷺ

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”

Riwayat Muslim (384)

4 Golongan Manusia yang Haram Disentuh Api Neraka

Daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِمَنْ يَحْرُمُ عَلَى النَّارِ أَوْ بِمَنْ تَحْرُمُ عَلَيْهِ النَّارُ عَلَى كُلِّ قَرِيبٍ هَيِّنٍ لَيِّنٍ سَهْلٍ

Maksudnya: “Mahukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya disentuh api neraka?” Para Sahabat berkata: “Mahu, wahai Rasulullah!” Baginda menjawab: “yang Haram disentuh api Neraka adalah orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl.”

Riwayat at-Tirmizi (2488)

Apakah maksud keempat-empat orang ini:

  • Hayyin adalah orang yang tidak mudah marah. Dia juga tidak suka mengutuk kelemahan dan keburukan orang lain. Jiwanya sangat teduh dan tenang.
  • Layyin adalah orang yang sopan dan baik dalam kata-katanya. Lembut dan tidak suka bersikap kasar dan sentiasa mahu kebaikan untuk orang lain. Tidak marah dengan mudah jika berbeza pendapat.
  • Qarib adalah seseorang yang mempunyai sikap murah senyuman, mesra dan akrab terhadap orang lain. Dia mempunyai wajah yang berseri dan selalu menyampaikan salam.
  • Sahl adalah orang yang tidak menyukarkan sesuatu perkara, tidak suka berbelit-belit, tidak suka mengganggu orang lain dan sentiasa membantu menyelesaikan masalah orang lain.