Kelebihan Berselawat

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”

Riwayat Muslim (384)

  • Marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad ﷺ.
  • Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan pencinta Nabi SAW serta menghimpunkan kita bersama Nabi ﷺ di dalam Syurga kelak. Amin.

Kerana Syurga Itu Mahal

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ خَافَ أَدْلَجَ وَمَنْ أَدْلَجَ بَلَغَ الْمَنْزِلَ أَلاَ إِنَّ سِلْعَةَ اللَّهِ غَالِيَةٌ أَلاَ إِنَّ سِلْعَةَ اللَّهِ الْجَنَّةُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang takut (ditimpa kesusahan dalam perjalanannya), maka dia akan bertolak awal dan cergas. Barangsiapa yang bertolak cergas dia akan sampai pada destinasinya. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu sangat mahal. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu syurga.”

Riwayat al-Tirmizi (2450)

  • Terkadang kita acap kali bersenang-senang dan melakukan maksiat lalu mengharapkan syurga yang paling tinggi sedangkan Rasulullah ﷺ mengingatkan kita agar berusaha dan merancang untuk ke syurga.
  • Tidak dinafikan bahawa Allah berhak melimpahkan rahmatNya kepada sesiapa sahaja untuk mengurniakan syurga, namun secara fitrahnya Rasulullah ﷺ sendiri berusaha keras memartabatkan Islam bagi mendapatkan reda Allah dan dijanjikan syurga yang mahal.
  • Semoga Allah SWT membimbing kita.

Hak-Hak yang Wajib Ditunaikan oleh Setiap Muslim Kepada Saudaranya

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ؟، قَالَ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Maksudnya: “Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.”

Riwayat Muslim (2162)

  • Rasulullah ﷺ menjelaskan enam hak setiap Muslim yang selayaknya ditunaikan oleh saudara Muslimnya. Jika inginkan orang lain menunaikan tanggungjawab memenuhi hak terhadap diri, maka kita perlu terlebih dahulu memastikan bahawa diri tidak pernah mengabaikan hak Muslim lain.
  • Jika diperhatikan kepada enam hak yang dinyatakan oleh Rasulullah ﷺ dalam hadis tersebut, ternyata setiap Muslim mampu menggalas tanggungjawab menyempurnakan hak orang lain. Tidak kira seseorang itu kaya mahupun miskin, setiap orang mampu memenuhi hak Muslim lain kerana semua perkara tersebut adalah perkara yang mampu dibuat oleh setiap orang.
  • Semoga kita mampu laksanakan kewajipan kita dengan menjaga hubungan sesama manusia serta menunaikan hak masing-masing.

Warna-Warni Kehidupan

Daripada Suhaib R.A, Rasulullah ﷺ bersabda:

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Maksudnya: “Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”

Sahih Muslim (2999)

  • Garam tidak pernah salah, tetapi selalu kena cubit. Cili tidak pernah cari pasal, tetapi selalu kena tumbuk. Gula pula selalu duduk diam, tetapi selalu kena kacau.
  • Begitulah kehidupan kita, setiap hari penuh dengan ujian. Untuk mengharunginya, kita perlu belajar untuk bersabar dan redha di atas setiap takdir Allah. Buka mata dan minda untuk menerimanya dengan hati yang terbuka.

Menjaga Kata-Kata

Abdullah Ibn ‘Amru R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Maksudnya : Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya.

Riwayat Al-Bukhari (6484)

  • Sesungguhnya setiap perkataan yang keluar daripada mulut seseorang insan boleh menyebabkannya dirinya dimasukkan ke dalam syurga. Sebaliknya jika perkataan tersebut mengundang kemurkaan Allah SWT, maka ia boleh menjadi sebab diri seseorang dilemparkan ke dalam neraka.
  • Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
  • Marilah sama-sama kita cuba untuk menjadi seorang muslim yang baik pada peribadi atau akhlak dengan menjadikan Rasulullah ﷺ sebagai contoh ikutan yang terbaik.

The Evil Eye (‘Ain illness)

In a hadith narrated by Ibn Abbas R.Anhuma, the Prophet ﷺ said:

الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

“The influence of an evil eye is a fact; if anything would precede the destiny it would be the influence of an evil eye, and when you are asked to take bath (as a cure) from the influence of an evil eye, you should take bath.”

Sahih Muslim (2188)

  • Evil eye (’Ain) is an illness due to the gaze of another person who is jealous or greatly impressed towards someone and is harmful to the person who are the object of jealousy or inspiration.
  • Evil eye ( ‘Ain) can also happen when one is greatly impressed by another person without the feelings of jealousy or hatred, (it can also happen) from a loved one and (even) from a pious person (accidentally).
  • Before sharing your whole personal life on social media, ask yourself this: Are you safe? Is this worth the risks? Don’t forget that Allah, in the al-Quran Surah al-Qalam: Ayah 51, reminds us to protect ourselves from the evil eye and the harm of envious people!
  • May Allah SWT protect us all from the evil eye. Ameen.

Sifat Sombong

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, dari Nabi ﷺ baginda bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً ‏.‏ قَالَ ‏”‏ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.”

Riwayat Muslim (91)

  • Kesombongan ada dua bentuk: iaitu sombong terhadap kebenaran dan sombong terhadap makhluk.
  • Menolak kebenaran adalah membantahnya dan berpaling darinya (enggan menerimanya).
  • Memandang rendah manusia pula adalah merendahkan dan meremehkan orang lain, dia melihat orang lain tidak punya apa-apa sedang dia menganggap dirinya di atas mereka.
  • Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada sifat sombong serta menjadikan kita daripada golongan yang ikhlas. Amin.

Keutamaan Mengajak Dalam Kebaikan

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyeru (seseorang) kepada hidayah, baginya ganjaran sepertimana ganjaran orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun daripada ganjaran mereka (yang melakukan).”

Riwayat Muslim (2674)

  • Kita perlulah sentiasa menyeru manusia tidak kira warna kulit, bangsa dan agama kepada hidayah atau kebaikan. Ini kerana, ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang membawa saudaranya ke jalan hidayah adalah amat besar.
  • Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan hikmah dalam menyeru manusia ke jalan hidayah yang mana jalan hidayah inilah yang akan membawa manusia ke dalam syurga yang kekal abadi buat selamanya. Amin.

Syukur

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:

لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ

Maksudnya: “Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.”

Riwayat Abu Daud (4811)

  • Pemberi nikmat yang hakiki adalah Allah SWT manakala seseorang yang melakukan kebaikan adalah perantara untuk sampainya kebaikan tersebut.
  • Seseorang yang sukar untuk berterima kasih pada manusia yang telah melakukan kebaikan padanya, maka dia juga sukar untuk bersyukur kepada Allah SWT.
  • Semoga Allah SWT mengurniakan kita ilmu dan kefahaman serta memberikan taufik agar kita mudah untuk bersyukur atas segala nikmat pemberian-Nya.

Doa Yang Diajarkan Kepada Muaz bin Jabal

Rasulullah ﷺ pernah mengajarkan kepada Saidina Muaz agar membacakan doa ini di penghujung solat. Sabda Rasulullah ﷺ :

اَللّهمَّ اَعِنِّيْ عَلىَ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir mengingatiMu dan mensyukuri segala nikmatMu serta beribadah kepadaMu dengan baik.”

Riwayat Abu Daud (1522)