Sifat Sombong

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, dari Nabi ﷺ baginda bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً ‏.‏ قَالَ ‏”‏ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.”

Riwayat Muslim (91)

  • Kesombongan ada dua bentuk: iaitu sombong terhadap kebenaran dan sombong terhadap makhluk.
  • Menolak kebenaran adalah membantahnya dan berpaling darinya (enggan menerimanya).
  • Memandang rendah manusia pula adalah merendahkan dan meremehkan orang lain, dia melihat orang lain tidak punya apa-apa sedang dia menganggap dirinya di atas mereka.
  • Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada sifat sombong serta menjadikan kita daripada golongan yang ikhlas. Amin.