Doa Mendapat Ilmu, Rezeki dan Amalan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

Sunan Ibn Majah (925)

  • Marilah sama-sama kita beramal dengan doa ini.
  • Semoga Allah SWT kurniakan kita ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan diberkati serta amalan yang diterima.

Mengutip Makanan Yang Jatuh

Dari Jabir RA katanya, Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا وَقَعَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيَأْخُذْهَا فَلْيُمِطْ مَا كَانَ بِهَا مِنْ أَذًى وَلْيَأْكُلْهَا وَلاَ يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ وَلاَ يَمْسَحْ يَدَهُ بِالْمِنْدِيلِ حَتَّى يَلْعَقَ أَصَابِعَهُ فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِي فِي أَىِّ طَعَامِهِ الْبَرَكَةُ

Maksudnya: “Apabila suapanmu jatuh, ambillah kembali lalu buang bahagian yang kotor dan makanlah bahagian yang bersih. Jangan dibiarkan ia dimakan syaitan, dan jangan kamu sapu tanganmu dengan lap sebelum kamu kulum jarimu. Kerana kamu tidak tahu makanan mana yang membawa berkat.”

Riwayat Muslim (2033)

  • Ketika kita menjamah makanan, kadang kala ada juga sebutir dua cebisan makanan yang terjatuh dari pinggan. Makanan yang terjatuh itu tidak sepatutnya dibiarkan.
  • Kita perlulah mengambilnya semula. Jika ada kekotoran kecil, kita bersihkannya dan boleh dimakan lagi.
  • Sunnah ini kelihatan kecil, tetapi ia menunjukkan satu adab yang baik ketika kita sedang makan.

Stop Being Two Faced

Narrated Abu Huraira RA, The Prophet ﷺ said:

إِنْ شَرَّ النَّاسِ ذُو الْوَجْهَيْنِ، الَّذِي يَأْتِي هَؤُلاَءِ بِوَجْهٍ وَهَؤُلاَءِ بِوَجْهٍ

“The worst of all mankind is the double-faced one, who comes to some people with one face and to others, with another face.”

Sahih al-Bukhari (7179)

  • Being two-faced essentially involves many sins, such as lying, backbiting, taletelling, slandering, and deceiving.
  • The perpetrator of this act is disliked by Allah Almighty and people.
  • This causes mischief to prevail in society and people become averse to one another.
  • May Allah Almighty grant us sincerity and protect us from hypocrisy.

Perbanyakan Doa Di Dalam Sujud

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

‏ أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

Maksudnya: “Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya, ialah di kala hamba itu sedang sujud (di hadapan Allah), oleh itu perbanyakanlah doa dalam sujud.”

Riwayat Muslim (482)

  • Manfaatkanlah sujud dalam setiap solat kita sebaik mungkin dengan memohon ampun kepada Allah SWT.

Doa Ketika Menghadapi Kesulitan

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maksudnya: “Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha agung lagi Maha Lembut. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Arasy Yang Agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi, dan Tuhan Arasy Yang Mulia.”

Riwayat al-Bukhari (8/154), Riwayat Muslim (4/2092)

Doa Diberikan Hidayah, Takwa, Perlindungan Dan Kecukupan

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, daripada Nabi ﷺ bahawasanya baginda ﷺ pernah berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta).”

Riwayat Muslim (2721)

Doa Memohon Syurga Dan Dijauhkan Daripada Neraka

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَسْتَجِيْرُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya aku memohon syurgaMu dan aku meminta denganMu menjauhi neraka.

Riwayat at-Tirmizi (2572)

  • Baca doa ini sebanyak 3 kali sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah ﷺ.
  • Semoga Allah mengurniakan kita syurga yang tertinggi dan dijauhkan dari azab neraka yang amat pedih.

Kelebihan Bagi Orang yang Sentiasa Berselawat ke atas Nabi ﷺ

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”

Riwayat Muslim (384)

Doa Tetamu Buat Tuan Rumah

اللّهُـمَّ بارِكْ لَهُمْ فيما رَزَقْـتَهُم، وَاغْفِـرْ لَهُـمْ وَارْحَمْهُمْ

Maksudnya: “Ya Allah berkatilah mereka dengan rezeki yang Engkau berikan kepada mereka, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka.”

Riwayat Muslim, 2042

  • Di musim perayaan ini, marilah kita bersama mendoakan kebaikan terhadap mereka yang memberikan kita makan.
  • Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati mereka.

Puasa Sunat Enam Syawal

Daripada Abu Ayub al-Ansari RA yang mana Rasulullah ﷺ telah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.

Riwayat Muslim (1164)

  • Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadhan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun.
  • Oleh itu, marilah sama-sama dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, jangan lupa untuk berpuasa sunat enam hari Syawal.