4 Golongan Manusia yang Haram Disentuh Api Neraka

Daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِمَنْ يَحْرُمُ عَلَى النَّارِ أَوْ بِمَنْ تَحْرُمُ عَلَيْهِ النَّارُ عَلَى كُلِّ قَرِيبٍ هَيِّنٍ لَيِّنٍ سَهْلٍ

Maksudnya: “Mahukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya disentuh api neraka?” Para Sahabat berkata: “Mahu, wahai Rasulullah!” Baginda menjawab: “yang Haram disentuh api Neraka adalah orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl.”

Riwayat at-Tirmizi (2488)

Apakah maksud keempat-empat orang ini:

  • Hayyin adalah orang yang tidak mudah marah. Dia juga tidak suka mengutuk kelemahan dan keburukan orang lain. Jiwanya sangat teduh dan tenang.
  • Layyin adalah orang yang sopan dan baik dalam kata-katanya. Lembut dan tidak suka bersikap kasar dan sentiasa mahu kebaikan untuk orang lain. Tidak marah dengan mudah jika berbeza pendapat.
  • Qarib adalah seseorang yang mempunyai sikap murah senyuman, mesra dan akrab terhadap orang lain. Dia mempunyai wajah yang berseri dan selalu menyampaikan salam.
  • Sahl adalah orang yang tidak menyukarkan sesuatu perkara, tidak suka berbelit-belit, tidak suka mengganggu orang lain dan sentiasa membantu menyelesaikan masalah orang lain.