Daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِمَنْ يَحْرُمُ عَلَى النَّارِ أَوْ بِمَنْ تَحْرُمُ عَلَيْهِ النَّارُ عَلَى كُلِّ قَرِيبٍ هَيِّنٍ لَيِّنٍ سَهْلٍ
Maksudnya: “Mahukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya disentuh api neraka?” Para Sahabat berkata: “Mahu, wahai Rasulullah!” Baginda menjawab: “yang Haram disentuh api Neraka adalah orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl.”
Riwayat at-Tirmizi (2488)
Apakah maksud keempat-empat orang ini:
- Hayyin adalah orang yang tidak mudah marah. Dia juga tidak suka mengutuk kelemahan dan keburukan orang lain. Jiwanya sangat teduh dan tenang.
- Layyin adalah orang yang sopan dan baik dalam kata-katanya. Lembut dan tidak suka bersikap kasar dan sentiasa mahu kebaikan untuk orang lain. Tidak marah dengan mudah jika berbeza pendapat.
- Qarib adalah seseorang yang mempunyai sikap murah senyuman, mesra dan akrab terhadap orang lain. Dia mempunyai wajah yang berseri dan selalu menyampaikan salam.
- Sahl adalah orang yang tidak menyukarkan sesuatu perkara, tidak suka berbelit-belit, tidak suka mengganggu orang lain dan sentiasa membantu menyelesaikan masalah orang lain.