3 Wasiat Rasulullah ﷺ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، رضى الله عنه قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي بِثَلاَثٍ لاَ أَدَعُهُنَّ حَتَّى أَمُوتَ صَوْمِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَصَلاَةِ الضُّحَى، وَنَوْمٍ عَلَى وِتْرٍ‏

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya; “Kekasihku ﷺ mewasiatkan kepadaku untuk melakukan 3 perkara, iaitu agar aku tidak meninggalkan selama hidupku, puasa tiga hari tiap bulan, solat dhuha dan tidak tidur sebelum solat witir.”

Riwayat al-Bukhari, 1178

Penghulu Segala Istighfar

Daripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”.

(Riwayat al-Bukhari, 6306)

Besarnya Pahala Berjemaah di Masjid

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لاَسْتَبَقُوا إِلَيْهِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Maksudnya: “Jikalah manusia itu tahu pahala dalam azan dan saf pertama kemudian mereka tidak menemui jalan untuk menyelesaikannya (apabila berlaku pertikaian) kecuali dengan cara mengundi, nescaya mereka akan mengadakan undian. Dan seandainya mereka mengetahui pahala bersegera ke masjid, nescaya mereka akan bersegera kepadanya. Dan kalau mereka mengetahui pahala solat Isya’ dan Subuh, nescaya mereka akan mendatangi keduanya walaupun dengan cara merangkak.”

Riwayat al-Bukhari, 615

Berdoa Ketika Senang Agar Allah Makbulkan Permintaan Kita Ketika Susah Nanti

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكُرَبِ، فَلْيُكْثِرِ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ

Maksudnya: “Barang siapa yang ingin Allah mengabulkan doanya ketika dia dalam keadaan sukar serta berduka, maka hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam keadaan lapang atau senang.”

(Riwayat at-Tirmizi, 3382)

Bukan Harta dan Rupa Kita Allah Pandang, Hanya Hati dan Amal yang Allah Lihat

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ الله لا يَنْظُرُ إِلى أَجْسامِكْم، وَلا إِلى صُوَرِكُمْ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta kalian, tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian.”

Riwayat Muslim

Kelebihan Menghafal Nama-Nama Allah dan Memahami Maknanya

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi Muhammad ﷺ, baginda bersabda:

“‏ لِلَّهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ اسْمًا، مِائَةٌ إِلاَّ وَاحِدًا، لاَ يَحْفَظُهَا أَحَدٌ إِلاَّ دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَهْوَ وَتْرٌ يُحِبُّ الْوَتْرَ ‏”

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT memiliki 99 nama. Maka barangsiapa yang menghafaznya (menjaganya), nescaya ia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah SWT itu ganjil dan Dia sangat menyukai bilangan yang ganjil.”

(Riwayat al-Bukhari, 6410)

Ibu Bapa Jalan Kita Ke Syurga

Daripada Abu Ad Darda RA, dia mendengar Nabi ﷺ bersabda:

الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ

Maksudnya: “Ibubapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga, maka letakkanlah pintu itu atau jagalah ia”.

(Riwayat al-Tirmizi, 1900)

Pahala Berlipat Ganda Dengan Bersedekah

Firman Allah SWT:

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: Perumpamaan (derma) orang yang membelanjakan harta benda mereka pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang Dia mahu dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Maha Mengetahui.

(Surah al-Baqarah: Ayat 261)

Doa Syifa’

Daripada Aisyah R.anha berkata, Nabi Muhammad ﷺ biasa membacakan doa pelindungan kepada sebahagian mereka (sahabatnya), baginda mengusap orang tersebut dengan tangan kanan baginda lalu baginda membacakan doa:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya: “Ya Allah, tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit ini dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali dengan kesembuhan dari-Mu, (berilah) kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit (lain).”

(Sahih Riwayat al-Bukhari, 5743)

Doa Perlindungan Daripada Penyakit Ain

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.”

(Sahih Riwayat al-Bukhari, 3371)

  • Penyakit Ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang.
  • Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, orang jahat atau orang soleh.
  • Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha berlindung dengan tawakal kepada Allah SWT disertai dengan melakukan perkara yang diperintahkannya serta mengamalkan surah al-Falaq supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki.