Doa Ruqyah Diri Sendiri

Rasulullah ﷺ pernah mengajar sahabat cara meruqyah diri sendiri.

Daripada Uthman bin Abi al-‘As RA meriwayatkan bahawa beliau pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ tentang kesakitan yang beliau rasa pada tubuh badan sejak beliau memeluk agama Islam. Maka Rasulullah ﷺ pun bersabda:

ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ، وَقُلْ بِاسْمِ اللهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Maksudnya: “Letak tanganmu pada bahagian badanmu yang sakit. Kemudian, bacalah Bismillah (Dengan nama Allah) sebanyak 3 kali dan bacalah 7 kali A’uzubillah wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaazir (Aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya daripada keburukan yang aku rasa dan aku berjaga-jaga ini).”

Riwayat Muslim (2202)

  • Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua.