Doa Memohon Syafaat Rasullulah ﷺ

Jabir bin ‘Abdillah RA telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa “Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,” luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat.

Sahih Riwayat al-Bukhari (614)

  • Antara kelebihan membaca doa selepas azan adalah jaminan mendapatkan syafaat atau pertolongan dari Nabi Muhammad ﷺ kelak di hari kiamat nanti.
  • Semoga kita tergolong dalam kalangan umat Nabi Muhammad ﷺ yang mendapat syafaat Baginda di akhirat nanti.