Doa Dikurniakan Ilmu Pengetahuan

سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ

Maksudnya: “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain daripada apa yang Engkau telah ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Surah Al-Baqarah: Ayat 32

  • Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar dikurniakan ilmu dan dapat beramal dengan ilmu yang bermanfaat kerana sesungguhnya ilmu dan hikmah semuanya adalah kepunyaan-Nya.