Dua Kegembiraan Bagi Orang Yang Berpuasa

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa, Rasulullah ﷺ bersabda:

لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ ، وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ

Maksudnya: Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya.

Riwayat al-Bukhari (7492)

– Semua manusia menginginkan kegembiraan, namun hanya sedikit sahaja yang mendapat kegembiraan sejati.

– Kebanyakan manusia terjerumus dalam kegembiraan palsu yang penghujungnya adalah kesengsaraan kerana kegembiraan hakiki itu hanyalah daripada Allah SWT.

– Justeru, Allah SWT menjanjikan melalui lidah Rasul-Nya akan mengurniakan dua kegembiraan kepada orang yang berpuasa dengan mematuhi adab-adabnya dengan sempurna.