Doa Melihat Orang Ditimpa Musibah

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ pernah bersabda:

مَنْ رَأَى مُبْتَلًى، فَقَالَ: الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا، لَمْ يُصِبْهُ ذَلِكَ البَلَاءُ

Maksudnya: Barangsiapa yang melihat seseorang yang diuji, maka katakanlah: “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku daripada sesuatu yang Allah berikan sebagai ujian kepadamu dan Allah telah memberikan kemuliaan kepadaku melebihi kebanyakan orang.” Maka dia tidak akan ditimpa musibah.

(Hadith Hasan, Riwayat al-Tirmizi, 3432)