Berlumba-lumba Dalam Melakukan Kebaikan

Firman Allah SWT:

وَلِكُلّٖ وِجۡهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَاۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ أَيۡنَ مَا تَكُونُواْ يَأۡتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ

Maksudnya: Dan bagi setiap umat ada arah kiblat yang masing-masing menghadapnya, oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

Surah al-Baqarah: Ayat 148

  • Berlumba-lumbalah kita buat kebaikan dalam mengejar pahala dan mengharapkan redha dari Allah.
  • Sesungguhnya orang yang berbuat kebaikan tapi mengharapkan dunianya semata, meraka akan merasa rugi apabila amalannya kelak menjadi debu-debu yang berterbangan.