Doa Dipermudahkan Urusan

Daripada Anas R.A, Rasulullah ﷺ bersabda :

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: “Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan”

[Riwayat Ibn Hibban (974), Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (351) dan al-Baihaqi dalam al-Da’awat al-Kabir (265)]

  • Dari doa ini kita faham bahawa Allah berkuasa menjadikan sesuatu itu mudah. Tidak ada perkara yang terlalu sudah dah mustahil bagi Allah. Kerana itu, doa perlu dipohon kepada Dia Yang Maha Memudahkan.
  • Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah, diberikan jalan untuk setiap masalah, dikurniakan kesembuhan bagi yang kurang sihat dan mendapat rezeki yang diberkati oleh Allah.