Peringkat-Peringkat Penciptaan Manusia

Firman Allah SWT:

يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِّن بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ ۚ

Maksudnya: “Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita”.

Surah Az-Zumar: Ayat 6

  • Sesungguhnya, Allah SWT telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian dijadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Allah SWT ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Allah SWT ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian diciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Allah SWT balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Allah SWT bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.
  • Tiga suasana yang gelap-gelita itu ialah; kegelapan dalam rahim, kegelapan dalam perut ibu dan kegelapan dalam tembuni.

Doa Agar Sentiasa Bersyukur

Firman Allah SWT:

رَبِّ أَوۡزِعۡنِيٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحٗا تَرۡضَىٰهُ وَأَدۡخِلۡنِي بِرَحۡمَتِكَ فِي عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya tetap mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dalam golongan hamba- hambaMu yang soleh.

Surah An-Naml: Ayat 19

Doa Mohon Keampunan Kedua IbuBapa

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”

  • Doa kepada kedua ibubapa sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia merupakan satu perkara yang dituntut.
  • Ini kerana, Allah SWT mengajar kita sebagai hamba-Nya agar sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapa sepertimana yang terdapat di dalam al-Quran.
  • Oleh itu, janganlah sesekali kita lupa untuk sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapa kita dalam apa jua keadaan sekali pun kerana wujudnya kita di dunia ini adalah disebabkan mereka.

Salahuddin Al-Ayubi

Salahuddin Al-Ayubi, juga dikenali sebagai Saladin, adalah seorang pemimpin Muslim yang terkenal dalam sejarah yang hidup pada abad ke-12 Masihi. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang paling dihormati dalam dunia Islam dan terkenal kerana usahanya dalam merebut kembali Baitul Maqdis (Jerusalem) dari tentera Salib dalam Perang Salib Ketiga.

Salahuddin Al-Ayubi dilahirkan pada tahun 1137 di Tikrit, Iraq, dan menjadi seorang pemimpin ketenteraan dan politik yang berjaya. Pada tahun 1187, beliau berjaya merebut kembali Baitul Maqdis daripada tentera Salib dalam Pertempuran Hattin. Kejayaan ini menjadikan beliau sebagai simbol perjuangan melawan penjajahan asing dalam sejarah Islam.

Salahuddin Al-Ayubi dikenali kerana sikap kepemimpinan yang adil dan beliau dikenali sebagai pemimpin yang berpegang kepada nilai-nilai Islam. Beliau menjaga tenteranya dengan baik dan memberi perlindungan kepada warga Baitul Maqdis yang berbilang agama.

Walau bagaimanapun, selepas menakluki Baitul Maqdis, beliau membenarkan orang Kristian dan Yahudi untuk tinggal di bandar tersebut, yang merupakan contoh sikap toleransi beragama yang jarang berlaku pada masa itu. Salahuddin Al-Ayubi meninggal dunia pada tahun 1193, tetapi warisan dan pengaruhnya dalam sejarah dan budaya Islam terus berlanjut hingga hari ini.

Doa Dikurniakan Kesabaran Melaksanakan Ketaatan

Firman Allah SWT:

رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرٗا وَتَوَفَّنَا مُسۡلِمِينَ

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam.

Surah Al-A’raaf: Ayat 126

Bacalah doa ini. Kemudian jangan lupa niatkan sekali semoga Allah SWT melindungi kita dari 3 perkara:

  • Memohon kepada Allah SWT bimbing niat kita agar sentiasa ikhlas melakukan ketaatan.
  • Memohon kepada Allah SWT pelihara kita dari dijangkiti sifat mazmumah ketika melakukan ketaatan.
  • Memohon kepada Allah SWT bantu kita agar tidak lalai, malas dan kurang khusyuk ketika mengerjakan ketaatan.

Apakah Pokok Yang Dilaknat Di Dalam Al-Quran ?

Firman Allah SWT:

وَإِذۡ قُلۡنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِٱلنَّاسِۚ وَمَا جَعَلۡنَا ٱلرُّءۡيَا ٱلَّتِيٓ أَرَيۡنَٰكَ إِلَّا فِتۡنَةٗ لِّلنَّاسِ وَٱلشَّجَرَةَ ٱلۡمَلۡعُونَةَ فِي ٱلۡقُرۡءَانِۚ وَنُخَوِّفُهُمۡ فَمَا يَزِيدُهُمۡ إِلَّا طُغۡيَٰنٗا كَبِيرٗا

Maksudnya: Dan ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya); dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat (Zaqqum) di dalam al-Quran; dan Kami takutkan mereka (dengan pelbagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau.

Surah Al-Israa: Ayat 60

  • Pokok “Zaqqum” ialah pokok yang tumbuh dalam neraka dan buahnya menjadi makanan ahli neraka. Pokok ini juga menjadi ujian bagi manusia kerana orang-orang kafir tidak percaya bahawa ada pokok yang boleh hidup dalam api neraka.

Doa Mohon Dikabulkan Hajat Dalam Hati

Firman Allah SWT:

رَبَّنَآ إِنَّكَ تَعۡلَمُ مَا نُخۡفِي وَمَا نُعۡلِنُۗ وَمَا يَخۡفَىٰ عَلَى ٱللَّهِ مِن شَيۡءٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِي ٱلسَّمَآءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatu pun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah.

Surah Ibrahim: Ayat 38

Doa Saat Berhadapan Dilema, Ingin Keputusan Terbaik

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا ٱفۡتَحۡ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَ قَوۡمِنَا بِٱلۡحَقِّ وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡفَٰتِحِينَ

Maksudnya: ” Wahai Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dengan kaum kami secara hak (keputusan terbaik) dan Engkaulah Tuhan Maha Pembuka & Pemberi keputusan sebaiknya”.

Surah Al-A’raf: Ayat 89

  • Acapkali Allah SWT tidak selalu bersetuju dengan perancangan kita. Namun, Alhamdulillah, perancangan yang Tuhan tentukan selalunya jauh lebih indah.

Sembunyikan Sedekahmu

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Surah al-Baqarah: 271