Gambaran Orang Sombong di Akhirat

Daripada Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya dari Nabi ﷺ bersabda:

يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ

Maksudnya: “Orang-orang sombong dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju penjara di neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal.”

Riwayat at-Tirmizi (2492)

  • Sombong adalah sifat Iblis yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan orang lain.
  • Marilah kita bersifat Rahmah dengan menjauhi sifat sombong. Sifat sombong itu apabila merasa dirinya lebih baik dari orang lain malah memperlekeh atau merendahkan mereka.

Doa Selepas Tahiyat Akhir (Sebelum Memberi Salam)

Daripada Aisyah R.Anha memberitahu, bahawa Nabi ﷺ berdoa dalam solat sebelum salam:

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.”

Riwayat al-Bukhari (832)

  • Hukum membaca doa selepas tahiyat akhir adalah SUNAT.
  • Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad ﷺ amalkan untuk permohonan doa.

Du’a for Protection Against Every Kind of Harm

Uthman bin ‘Affan RA reported, The messenger of Allah ﷺ said:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاَءٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاَءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

If anyone says three times: “In the name of Allah, when Whose name is mentioned nothing on Earth or in Heaven can cause harm, and He is the Hearer, the Knower” he will not suffer sudden affliction till the morning, and if anyone says this in the morning, he will not suffer sudden affliction till the evening.

Sunan Abu Daud (5088)

  • Remember to protect yourselves! The arrows are invisible… but they are real.
  • May Allah protect us from any harm.

Kebaikan Membawa ke Syurga

Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) RA daripada Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Maksudnya: “Sesungguhnya kebenaran akan membawa kepada kebaikan yang akan menuju ke syurga. Sesungguhnya jika seseorang itu sentiasa berlaku benar sehingga dia akan dikenali sebagai orang yang benar. Sesungguhnya kedustaan itu akan mendorong kepada kejahatan yang akan menuju ke neraka. Sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai seorang pendusta.”

Riwayat Al-Bukhari (6094)

Pride and Arrogance The Downfall of Mankind

In a hadith narrated by Abdullah b. Mas’ud, the prophet ﷺ said:

‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ ‏ ‏

None shall enter Paradise who has in his heart the weight of a mustard seed of pride.

Sahih Muslim (91)

  • One of the worst dangers of pride is the rejection of truth! And whoever denies the truth inevitably plunges into falsehood.
  • WARNING: No one is immune! It is a sickness that one must search for within oneself every day, in one’s behavior and in one’s heart. To believe that one is immune to pride is already, in itself, a sign of pride!
  • May Allah protect us from this evil.

Doa Menjauhi Mudharat

Daripada Uthman Bin Affan berkata, aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

‏ مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاَءٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاَءٍ حَتَّى يُمْسِيَ ‏‏

Maksudnya: ” Sesiapa yang membaca: Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, Tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga Subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika Subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”

Riwayat Abu Daud (5088)

How Valuable are You in the Sight of Allah?

Abu Hurairah RA reported, The Prophet ﷺ as saying:

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

“Verily Allah does not look to your faces and your wealth but He looks to your heart and to your deeds.”

Sahih Muslim (2564)

  • You can have all the gold and money of the entire Universe, but if you don’t have Allah then you still have nothing, your heart still remains empty.
  • May Allah grant us Jannah.

Kelebihan Berselawat

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”

Riwayat Muslim (384)

  • Marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad ﷺ.
  • Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan pencinta Nabi SAW serta menghimpunkan kita bersama Nabi ﷺ di dalam Syurga kelak. Amin.

Kerana Syurga Itu Mahal

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ خَافَ أَدْلَجَ وَمَنْ أَدْلَجَ بَلَغَ الْمَنْزِلَ أَلاَ إِنَّ سِلْعَةَ اللَّهِ غَالِيَةٌ أَلاَ إِنَّ سِلْعَةَ اللَّهِ الْجَنَّةُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang takut (ditimpa kesusahan dalam perjalanannya), maka dia akan bertolak awal dan cergas. Barangsiapa yang bertolak cergas dia akan sampai pada destinasinya. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu sangat mahal. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu syurga.”

Riwayat al-Tirmizi (2450)

  • Terkadang kita acap kali bersenang-senang dan melakukan maksiat lalu mengharapkan syurga yang paling tinggi sedangkan Rasulullah ﷺ mengingatkan kita agar berusaha dan merancang untuk ke syurga.
  • Tidak dinafikan bahawa Allah berhak melimpahkan rahmatNya kepada sesiapa sahaja untuk mengurniakan syurga, namun secara fitrahnya Rasulullah ﷺ sendiri berusaha keras memartabatkan Islam bagi mendapatkan reda Allah dan dijanjikan syurga yang mahal.
  • Semoga Allah SWT membimbing kita.

Hak-Hak yang Wajib Ditunaikan oleh Setiap Muslim Kepada Saudaranya

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ؟، قَالَ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Maksudnya: “Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.”

Riwayat Muslim (2162)

  • Rasulullah ﷺ menjelaskan enam hak setiap Muslim yang selayaknya ditunaikan oleh saudara Muslimnya. Jika inginkan orang lain menunaikan tanggungjawab memenuhi hak terhadap diri, maka kita perlu terlebih dahulu memastikan bahawa diri tidak pernah mengabaikan hak Muslim lain.
  • Jika diperhatikan kepada enam hak yang dinyatakan oleh Rasulullah ﷺ dalam hadis tersebut, ternyata setiap Muslim mampu menggalas tanggungjawab menyempurnakan hak orang lain. Tidak kira seseorang itu kaya mahupun miskin, setiap orang mampu memenuhi hak Muslim lain kerana semua perkara tersebut adalah perkara yang mampu dibuat oleh setiap orang.
  • Semoga kita mampu laksanakan kewajipan kita dengan menjaga hubungan sesama manusia serta menunaikan hak masing-masing.