Doa Berlindung Dari Penyakit Berbahaya

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon perlindungan-Mu daripada penyaki sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

Riwayat Abu Daud (1554)

  • Doa merupakan anugerah yang istimewa diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya sebagai tanda ingatan seorang hamba kepada Penciptanya.
  • Oleh itu, kita amat dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa berada di dalam pengawasan dan penjagaan Allah SWT.
  • Semoga Allah SWT memelihara kita daripada penyakit-penyakit atau perkara-perkara yang tidak baik lagi berbahaya berlaku kepada kita.