Choosing a Good Friend

Narrated Abu Musa RA, The Prophet ﷺ said:

مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً

“The example of a good pious companion and an evil one is that of a person carrying musk and another blowing a pair of bellows. The one who is carrying musk will either give you some perfume as a present, or you will buy some from him, or you will get a good smell from him, but the one who is blowing a pair of bellows will either burn your clothes or you will get a bad smell from him.”

Sahih al-Bukhari (5534)

Doa Berlindung Daripada Hilangnya Nikmat Dan Kesihatan

Daripada Ibnu ‘Umar R.Anhuma, ia berkata, Di antara doa Rasulullah ﷺ :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari seksaMu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaanMu.”

Riwayat Muslim (2739)

Doa Ditambahkan Kebaikan

اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا وَآثِرْنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَأَرْضِنَا وَارْضَ عَنَّا

Maksudnya: ” Ya Allah! Tambahkanlah buat kami dan jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan hinakan kami. Berilah buat kami, jangan dicegahnya. Pilihlah kami, jangan Engkau biarkan dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.”

Riwayat Al-Tirmizi (3173)

Teaching kids about the lives or Seerah of the prophet Muhammad ﷺ and his companions

Narrated `Abdullah RA, The Prophet ﷺ said:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ يَجِيءُ مِنْ بَعْدِهِمْ قَوْمٌ تَسْبِقُ شَهَادَتُهُمْ أَيْمَانَهُمْ وَأَيْمَانُهُمْ شَهَادَتَهُمْ ‏.‏

“The best people are those of my generation, and then those who will come after them (the next generation), and then those who will come after them (i.e. the next generation), and then after them, there will come people whose witness will precede their oaths, and whose oaths will precede their witness.”

Sahih al-Bukhari (6429)

  • Why should we learn about the lives or Seerah of the prophet Muhammad ﷺ and his Companions?

1) It will help us connect to them and increase our love for them.
2) The companions of the Prophet were blessed to observe the practice of the Prophet directly, so they were able to embody and practice the faith to perfection.
3) Their lives were also lessons for us and a source of guidance.

  • Teach them early, before there’s no more room in their heart.

Doa Memohon Syafaat Rasullulah ﷺ

Jabir bin ‘Abdillah RA telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa “Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,” luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat.

Sahih Riwayat al-Bukhari (614)

  • Antara kelebihan membaca doa selepas azan adalah jaminan mendapatkan syafaat atau pertolongan dari Nabi Muhammad ﷺ kelak di hari kiamat nanti.
  • Semoga kita tergolong dalam kalangan umat Nabi Muhammad ﷺ yang mendapat syafaat Baginda di akhirat nanti.

Sneezing Etiquette

What to say whe..n..haa…Rhaaa… RHAATCHUUUMMMMM !!

This is encouraged in a hadith from Abu Hurairah RA, where the Prophet ﷺ said:

إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ‏. وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ.‏ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ‏.‏ فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

“If anyone of you sneezes, he should say ‘Al-Hamduli l-lah’ (Praise be to Allah), and his (Muslim) brother or companion should say to him, ‘Yar-hamuka-l-lah’ (May Allah bestow his Mercy on you). When the latter says ‘Yar-hamuka-llah”, the former should say, ‘Yahdikumul-lah wa Yuslih balakum’ (May Allah give you guidance and improve your condition).

Sahih al-Bukhari (6224)

  • The person who sneezes should recite tahmid which is by reciting Alhamdulillah or Alhamdulillahi ala kulli hal.
  • The person who hears another person sneezing and reciting tahmid should answer with Yar-hamuka-llah.
  • Afterwards, the person who sneezes should respond with Yahdikumullah wa yuslih baalkum.

Amar Makruf Nahi Munkar

Sabda Rasulullah ﷺ dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya: Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu (dengan tangan), maka dengan lisannya. Sekiranya dia tidak mampu juga (dengan lisan), maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.

Riwayat Muslim (49)

  • Sebagai manusia, seseorang itu sudah pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, dosa, dan maksiat. Inilah hakikat dan lumrah seorang manusia yang penuh dengan kekurangan, kelemahan, dan ketidaksempurnaan.
  • Hadis ini merupakan perintah utama dalam agama Islam iaitu menyuruh berbuat perkara makruf dan melarang berbuat perkara mungkar. Ia adalah perkara penting kerana dengan perintah inilah Allah SWT mengutuskan para Rasul dan Nabi. Sekiranya Allah tidak melakukannya atau membiarkannya, pasti terputuslah perutusan agama Islam di muka bumi ini. Agama akan lenyap jika tiadanya penyeruan kepada kebaikan dan pencegahan daripada kemungkaran.
  • Semoga Allah kurniakan kepada kita kekuatan dalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar dengan penuh hikmah dan kebenaran.

Ringan Di Lisan, Berat Di Timbangan

Ada sebuah zikir yang diajarkan oleh Baginda Nabi ﷺ, yang sangat mudah dirutinkan setiap saat, namun berat di timbangan amalan.

Hadith daripada Abu Hurairah RA, dia berkata, Nabi ﷺ bersabda;

كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ ، خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

Maksudnya: “Dua kalimat yang dicintai oleh Ar Rahman, ringan diucapkan di lisan, namun berat dalam timbangan (amalan) iaitu subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘azhim (Maha Suci Allah, segala pujian untuk-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Mulia).”

Riwayat al-Bukhari, 7563

Ganjaran Membuang Kayu Dari Jalan

Darpada Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah ﷺ telah bersabda:

مَرَّ رَجُلٌ بِغُصْنِ شَجَرَةٍ عَلَى ظَهْرِ طَرِيقٍ، فَقَالَ وَاللَّهِ لأُنَحِّيَنَّ هَذَا عَنِ الْمُسْلِمِينَ، لاَ يُؤْذِيهِمْ،‏ فَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: ” Pada suatu ketika ada seseorang yang menjumpai ranting pohon yang menjuntai ke jalan. Kemudian orang tersebut berkata, Demi Allah, saya akan membuang ranting pohon ini agar tidak menganggu kaum muslimin yang lalu. Akhirnya orang tersebut dimasukkan ke dalam syurga.

Riwayat Muslim (1914)

  • Islam menuntut umatnya melakukan amal kebaikan dalam apa jua keadaan dan situasi.
  • Antara tanda orang beriman ialah melakukan amal kebaikan termasuk membuang kayu di jalan yang boleh menganggu keselamatan orang lain.
  • Ada di antara umat Nabi Muhammad ﷺ yang diberikan ganjaran untuk menghuni syurga kerana melakukan suatu amal yang dianggap kecil seperti membuang kayu yang membahayakan pengguna jalan raya.
  • Dalam usaha melakukan kebaikan, usah sesekali memandang remeh terhadap amalan yang dilihat kecil oleh mata kasar. Sesungguhnya Allah SWT menilai amalan yang dilakukan oleh seseorang hamba dengan pandangan rahmat-Nya.

Mensyukuri Nikmat

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah ﷺ  bersabda:

انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اَللَّهِ عَلَيْكُمْ

Maksudnya: “Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut, agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu.”

Hadis Riwayat Muslim (2963)

  • Setiap kita wajib bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan.
  • Satu cara untuk kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang Allah kurniakan adalah dengan sentiasa melihat orang yang lebih rendah daripada kita dalam perkara yang berkaitan dengan nikmat dunia seperti tubuh badan yang menarik dan sihat, pemilikan harta, pangkat dan kedudukan.
  • Bersyukurlah diatas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Semoga dengan memiliki sifat bersyukur akan menjauhkan kita dari penyakit tamak,  hasad, dengki dan panjang angan-angan