Gambaran Orang Sombong di Akhirat

Daripada Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya dari Nabi ﷺ bersabda:

يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ

Maksudnya: “Orang-orang sombong dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju penjara di neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal.”

Riwayat at-Tirmizi (2492)

  • Sombong adalah sifat syaitan yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan Nabi Adam.
  • Orang sombong ibarat dia berdiri di atas gunung dan melihat orang lain kecil, tapi dia tidak sedar bahawa orang lain juga melihat dirinya kecil.
  • Marilah kita bersifat Rahmah dengan menjauhi sifat sombong.