Perumpamaan Orang Yang Berzikir Dan Tidak Berzikir

Daripada Abu Musa RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ، مَثَلُ الحَيِّ وَالمَيِّتِ

Maksudnya: “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah SWT dan orang yang tidak berzikir kepada Allah SWT seperti orang yang hidup dan mati.”

Sahih al-Bukhari (6407)

  • Berzikir adalah antara amalan yang dapat menghidupkan hati, memberikan ketenangan rohani dan mengundang rahmat Allah.
  • Lazimkan diri kita untuk berzikir. Semoga Allah memelihara kita dan memberikan kita semua keselamatan di dunia dan di akhirat.