Lelaki Adalah Pemimpin Bagi Wanita

Firman Allah SWT:

ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ فَٱلصَّٰلِحَٰتُ قَٰنِتَٰتٌ حَٰفِظَٰتٞ لِّلۡغَيۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُۚ وَٱلَّٰتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ فِي ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّۖ فَإِنۡ أَطَعۡنَكُمۡ فَلَا تَبۡغُواْ عَلَيۡهِنَّ سَبِيلًاۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيّٗا كَبِيرٗا

Yang Bermaksud: Lelaki (suami) itu pemimpin bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah daripada hartanya. Maka perempuan-perempuan yang solehah adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika ketiadaan (suami), kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu bimbang akan “nusyuz”, hendaklah kamu nasihati mereka, (jika mereka masih berdegil) pisahkan mereka daripada tempat tidur dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Surah an-Nisa’: 34

  • Lelaki diciptakan oleh Allah SWT sebagai pemimpin, dibahu mereka terletak tugas dan tanggungjawab yang besar. Dibahu mereka dibebani dengan amanah yang berat untuk dipikul iaitu memelihara wanita.
  • Setiap lelaki khususnya bagi yang bergelar Muslim, perlu sedar bahawa mereka memainkan peranan yang sangat besar dalam melindungi dan menjaga wanita, bukannya menjadi pemusnah atau penyebar fitnah kepada wanita.