Keutamaan Mengajak Dalam Kebaikan

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyeru (seseorang) kepada hidayah, baginya ganjaran sepertimana ganjaran orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun daripada ganjaran mereka (yang melakukan).”

Riwayat Muslim (2674)

  • Kita perlulah sentiasa menyeru manusia tidak kira warna kulit, bangsa dan agama kepada hidayah atau kebaikan. Ini kerana, ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang membawa saudaranya ke jalan hidayah adalah amat besar.
  • Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan hikmah dalam menyeru manusia ke jalan hidayah yang mana jalan hidayah inilah yang akan membawa manusia ke dalam syurga yang kekal abadi buat selamanya. Amin.