Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ خَافَ أَدْلَجَ وَمَنْ أَدْلَجَ بَلَغَ الْمَنْزِلَ أَلاَ إِنَّ سِلْعَةَ اللَّهِ غَالِيَةٌ أَلاَ إِنَّ سِلْعَةَ اللَّهِ الْجَنَّةُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang takut (ditimpa kesusahan dalam perjalanannya), maka dia akan bertolak awal dan cergas. Barangsiapa yang bertolak cergas dia akan sampai pada destinasinya. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu sangat mahal. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu syurga.”
Riwayat al-Tirmizi (2450)
- Terkadang kita acap kali bersenang-senang dan melakukan maksiat lalu mengharapkan syurga yang paling tinggi sedangkan Rasulullah ﷺ mengingatkan kita agar berusaha dan merancang untuk ke syurga.
- Tidak dinafikan bahawa Allah berhak melimpahkan rahmatNya kepada sesiapa sahaja untuk mengurniakan syurga, namun secara fitrahnya Rasulullah ﷺ sendiri berusaha keras memartabatkan Islam bagi mendapatkan reda Allah dan dijanjikan syurga yang mahal.
- Semoga Allah SWT membimbing kita.