Doa Nabi Musa

Nabi Musa pernah berdoa kepada Allah agar diberikan kelapangan dada, dipermudahkan urusan dan diberikan kefasihan bertutur. Firman Allah SWT:

رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِي صَدۡرِي وَيَسِّرۡ لِيٓ أَمۡرِي وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةٗ مِّن لِّسَانِي يَفۡقَهُواْ قَوۡلِي

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku. Dan permudahkanlah tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku. Supaya mereka faham perkataanku. “

Surah Taha: 25-28

Larangan Mempersendakan Agama

Umat Islam dilarang daripada menjadikan agama sebagai bahan gurauan dan jenaka, firman Allah SWT:

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ

Maksudnya: “Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji).”

Surah Al-An’aam: 70

Doa Nabi Yunus

Nabi Yunus pernah berdoa memohon keampunan dari Allah SWT. Firman Allah SWT:

لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَٰنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada kalangan orang yang menganiaya diri sendiri.

Surah Al-Anbiyaa: 87

Melihat Anak Bulan Zulhijah, Ikut Malaysia Atau Mekah ?

Masuknya bulan Zulhijah apabila nampak anak bulannya.

Cuma ada perbahasan dalam kalangan para ulama berkenaan isu perbezaan masa terbit anak bulan (ikhtilaf al-matalik) sama ada penampakan anak bulan di satu tempat boleh diguna pakai untuk tempat-tempat lain atau tidak.

Majoriti para ulama berpendirian bahawa perbezaan masa terbit anak bulan tidak memberi apa-apa kesan maka penampakan anak bulan di sesebuah tempat terpakai di semua tempat lain.

Contohnya sekiranya anak bulan kelihatan di tempat A maka keesokan harinya adalah tanggal satu hari bulan Hijrah di seluruh dunia tidak kira sama ada bulan Ramadan, Zulhijah atau mana-mana bulan Hijrah lain.

Ini berdasarkan keumuman sabda Nabi ﷺ:

صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا الْعِدَّةَ.

“Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan dan berbukalah kamu apabila kamu melihatnya. Dan sekiranya terdapat awan yang menghalang maka genapkanlah hitungan (30 hari).”

(Sahih. Riwayat Muslim)

Continue reading Melihat Anak Bulan Zulhijah, Ikut Malaysia Atau Mekah ?

Sembunyikan Sedekahmu

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Surah al-Baqarah: 271

Doa Nabi Adam

Nabi Adam pernah berdoa memohon keampunan dari Allah SWT setelah melakukan kesilapan. Firman Allah SWT:

رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ

Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan, kami telah menzalimi diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan dan merahmati kami, pasti kami termasuk dalam golongan orang yang rugi”.

Surah Al-A’raaf: 23

Ganjaran Amalan Bersedekah

Firman Allah SWT:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”

Surah al-Hadid: 18

Allah Melipat Gandakan Pahala Kepada Orang Yang Bersedekah

Allah SWT berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

Surah al-Baqarah, 261

Doa Nabi Ibrahim

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِي مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِيۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Surah Ibrahim, 40

Berdoa Dalam Selain Bahasa Arab Ketika Solat

Sekalipun ada perbezaan pendapat, tetapi InsyaAllah PANDANGAN yang rajih YANG KUAT sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh Al-Albani, Syeikh Muhammad bin Saleh Al-Uthaimin, Syeikh Saleh Al-Fauzan dan yang lain ialah pandangan yang MENGHARUSKAN BERDOA DALAM BAHASA SELAIN ARAB bagi mereka yang tidak mampu berbahasa Arab.

Ini kerana TIADA NAS yang MELARANG sedemikian. Tambahan pula, inilah pandangan yang menepati kaedah-kaedah umum Agama yang bersifat memudahkan; bukan menyusahkan; lebih-lebih lagi dalam keadaan TERPAKSA seperti berdoa bagi mereka yang tidak pandai berbahasa Arab.

Continue reading Berdoa Dalam Selain Bahasa Arab Ketika Solat