Orang Yang Selamat Dari Azab

Keutamaan istighfar

Allah ﷻ mengkhabarkan bahawa Dia tidak akan menurunkan azabNya ke atas mereka yang beristighfar.

Firman Allah ﷻ:

وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمۡ وَهُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ

“Dan Allah tidak akan menyeksa mereka ketika mana mereka sedang beristighfar.”

[Al-Quran, al-Anfaal, 8:33]

Dalam ayat di atas Allah ﷻ mengkhabarkan bahawa Dia tidak akan menyeksa manusia ketika mana mereka beristighfar.

Ini kerana istighfar menghapuskan dosa yang menjadi sebab turunnya azab.

Justeru dengan istighfar Muslim dapat selamat daripada azab.

Astaghfirullah wa atubu ilaih.