“Sedap hingga menjilat jari”, itulah slogan yang dibawakan oleh beberapa syarikat rantaian makanan ketika mengiklankan produk mereka. Tahukah anda sebenarnya Nabi ﷺ kesayangan kita juga menyuruh kita untuk menjilat jari selepas makan.
Continue reading Jilat Jari Selepas MakanCategory: Notes & Articles
General Notes
Keutamaan Sedekah
Firman Allah SWT:
وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقۡنَٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوۡلَآ أَخَّرۡتَنِيٓ إِلَىٰٓ أَجَلٖ قَرِيبٖ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
Maksudnya: “Dan nafkahkanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum ajal datang kepada salah seorang di antara kamu, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau tangguhkan kematianku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, agar aku dapat bersedekah dan menjadi orang yang soleh.”
Surah Al-Munaafiqoon: 10
- Allah SWT mengingatkan kita bahawa bersedekahlah selagi kita hidup di dunia, kerana Allah SWT telah khabarkan kepada kita nanti di akhirat ada orang yang meminta tangguh akan kematiannya kerana ingin bersedekah. Hal ini kerana orang tersebut mengetahui manfaat sedekah begitu besar, akan tetapi pengetahuan tersebut tidak lagi berguna kerana sudah berada di alam akhirat.
Doa Memohon Kesembuhan Dari Penyakit
Firman Allah SWT:
أَنِّي مَسَّنِيَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّحِمِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah Yang Maha Pengasih daripada segala (yang lain) yang mengasihani.”
Surah al-Anbiyaa: 83
- Andai hari ini Allah beri rasa sakit, bersabarlah kerana dengannya Allah gugurkan sebahagian dosa.
- Jika hujan merupakan kesakitan dan matahari adalah kebahagiaan, maka kita perlukan keduanya agar dapat melihat pelangi.
Doa Mohon Keampunan
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسۡرَافَنَا فِيٓ أَمۡرِنَا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir”.
Surah Ali-Imraan: 147
- Sekelam manapun masa silam kita, selagi masih bernyawa, kita tetap berpeluang menjadi ahli syurga. Jangan pernah berputus asa untuk berubah demi mencari keampunan Ilahi.
Doa Agar Diberi Bimbingan Selesaikan Masalah
Firman Allah SWT:
رَّبِّ أَدۡخِلۡنِي مُدۡخَلَ صِدۡقٖ وَأَخۡرِجۡنِي مُخۡرَجَ صِدۡقٖ وَٱجۡعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلۡطَٰنٗا نَّصِيرٗا
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
Surah Al-Israa: 80
- Rasulullah ﷺ membaca doa ini ketika berhadapan tekanan hebat dari kafir Quraisy Mekah.
- Oleh itu, cubalah amalkan doa ini dengan Taqwa dan keyakinan tinggi kepadaNya. Bacalah ia dengan hati yang Tawadhuk dan berharap tinggi kepadaNya.
- Hadiah tidak semestinya terbungkus indah. Terkadang Tuhan membalutinya dengan masalah tetapi di dalamnya tersimpan sejuta hikmah dan berkah.
Doa Dilapangkan Dada Dan Dipermudahkan Urusan
Firman Allah SWT:
رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِي صَدۡرِي وَيَسِّرۡ لِيٓ أَمۡرِي وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةٗ مِّن لِّسَانِي يَفۡقَهُواْ قَوۡلِي
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku. Dan permudahkanlah tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku. Supaya mereka faham perkataanku.
(Surah TaaHaa: 25-28)
- Allah SWT telah merakam doa yang Nabi Musa a.s lafazkan di dalam Surah TaaHaa, ayat 25-28. Tujuannya untuk membimbing kita. Mana tahu, jika kita sedang berhadapan masalah sama, ada juga doa yang boleh dibaca.
- Amalkan doa ini. Semoga urusan kita dipermudahkan dan kata-kata tersusun lancar.
Menepuk Bantal Sebelum Tidur
Orang dulu-dulu selalu pesan, “tepuk bantal dulu sebelum tidur”.
Apakah signifikannya perbuatan ini?
Alhamdulillah, sebenarnya petua ini ialah termasuk di dalam sunnah Rasulullah ﷺ. Mungkin sukar untuk kita percaya hal ini kerana selama ini sunnah ini hanya disebutkan sebagai ‘petua orang lama’.
Continue reading Menepuk Bantal Sebelum TidurMembela Uban
Ada orang yang mungkin malu dengan ubannya yang putih di atas kepala. Sehingga ada diantara mereka yang meminta anak mereka untuk mencabutnya dengan upah tertentu seperti 10 sen untuk sehelai uban yang tercabut.
Mungkin ada yang menilai uban dengan harga 10 sen sedangkan harganya jauh lebih tinggi dari itu. Kalau lah kita tahu nilai sebenar uban, maka pastilah kita tidak akan mahu pun mencabutnya dari kepala kita.
Tahukah anda uban kita akan bercahaya di hari kiamat?
Continue reading Membela UbanBisikan-Bisikan Kebaikan
Firman Allah SWT:
لَّا خَيۡرَ فِي كَثِيرٖ مِّن نَّجۡوَىٰهُمۡ إِلَّا مَنۡ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوۡ مَعۡرُوفٍ أَوۡ إِصۡلَٰحِۭ بَيۡنَ ٱلنَّاسِۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ فَسَوۡفَ نُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا
Maksudnya: Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh bersedekah atau melakukan kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Sesiapa yang melakukan demikian kerana mencari keredaan Allah, maka Kami akan memberinya ganjaran yang hebat.
Surah An-Nisaa: 114
Doa Agar Diampuni Dan Mendapat Rahmat Ilahi
Firman Allah SWT:
رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٰحِمِينَ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; maka ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.”
Surah al-Mu’minoon: 109
Semoga Allah SWT curahkan rahmat dalam bentuk:
- Palingkan hati kita dari sukakan maksiat.
- Bantu kita agar sentiasa bersemangat melakukan ketaatan.
- Kurniakan hidup tenang dan hati yang lapang.
- Izinkan kita menjejaki syurga sekeluarga.