Siapa Yang Allah Sayang?

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: “SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”

Surah Al-Baqarah: Ayat 222

  • Allah mencintai hamba-Nya yang sentiasa bertaubat dengan penuh keikhlasan. Taubat adalah jalan utama untuk membersihkan dosa dan mendekatkan diri kepada Allah.
  • Allah mengasihi mereka yang menjaga kebersihan lahir (zahir) dan batin (hati). Kebersihan fizikal mencerminkan disiplin, manakala kebersihan hati menunjukkan ketinggian iman.
  • Setiap dosa yang dilakukan tanpa taubat akan menumbuhkan titik hitam di hati, yang jika tidak dibersihkan akan memadamkan cahaya iman, menjadikan hati keras dan jauh dari petunjuk.
  • Dengan memperbanyakkan taubat dan istighfar, kita dapat memadamkan noda dosa, memperbaiki hubungan dengan Allah, dan memperoleh kasih sayang-Nya.

Lalai Dengan Dunia

Firman Allah SWT:

وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا لَعِبٌۭ وَلَهْوٌۭ ۖ وَلَلدَّارُ ٱلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌۭ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Maksudnya: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir.”

Surah Al-An’am, Ayat: 32

  • Tanda-tanda kita lalai:
  1. Kurang membaca Al Quran.
  2. Kurang berzikir.
  3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah.
  4. Kurang atau malas berdoa.
  5. Tangguh untuk bertaubat.
  • Cara-cara mengatasi lalai:
  1. Cari sahabat yang baik dan soleh.
  2. Hadiri majlis ilmu.
  3. Bangun malam untuk solat tahajjud.
  4. Banyakkan zikir dan taubat.
  5. Rajin membaca quran.
  6. Ingat mati.
  7. Amalkan sunnah Nabi SAW.

Allah Mencintai Orang yang Pemaaf

Firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Maksudnya: “Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahannya serta orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan Allah menyayangi orang yang melakukan kebaikan.”

Surah Ali-Imraan: Ayat 134

  • Sifat pemaaf adalah anugerah yang mendatangkan rahmat Allah dan menciptakan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat. Sebagai seorang Muslim, kita diajarkan untuk memaafkan dengan penuh keikhlasan, kerana Allah Maha Pemaaf dan mencintai hamba-Nya yang pemaaf.
  • Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kita memaafkan:
  1. Memaafkan ibu bapa andai mereka tidak pernah menyayangi kita seperti yang kita inginkan. (17:24)
  2. Memaafkan diri sendiri atas semua perkara negatif yang kita pernah lakukan sebelum ini. (39:53)
  3. Memaafkan orang lain yang pernah sakitkan hati kita, andai kita mampu, kerana mereka juga manusia yang lemah. (4:28)
  4. Memaafkan dosa yang kita nampak disekeliling, kita tidak tahu perjalanan hidup orang lain. Oleh itu, jangan cepat menghakimi. (6:57)
  5. Memaafkan diri sendiri kerana tidak sempurna dan selalu tidak menjadi versi terbaik didalam diri kita. (4:28)

Istidraj

Firman Allah SWT:

سَنَسۡتَدۡرِجُهُم مِّنۡ حَيۡثُ لَا يَعۡلَمُونَ

Maksudnya: “Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan, dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.”

Surah Al-Qalam: Ayat 44

  • Istidraj merujuk kepada suatu keadaan di mana Allah memberikan nikmat dan kemewahan yang berlimpah kepada seseorang, tetapi ia sebenarnya adalah satu bentuk ujian atau penangguhan azab.
  • Berhati-hatilah dengan nikmat dan kesenangan yang diberikan. Kadangkala, nikmat yang diberikan merupakan ujian Allah kepada kita.
  • Boleh jadi ia adalah istidraj yang mengheret kita secara perlahan-lahan agar jauh daripada Tuhan tanpa disedari.
  • Oleh itu, sentiasa bersyukur atas pemberian-Nya. Jangan rasa angkuh dan sombong.

Every Difficulty Must Have Ease

Allah says in Quran:

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرٗا

Meaning: “So verily, with the hardship, there is relief. Verily, with the hardship, there is relief.”

Surah Ash-Sharh: Verses 5-6

  • Every difficulty is accompanied by ease because the end of every hardship is ease.
  • Life may be full of hardships, but Allah is always there, guiding you through every step and lighting your path.
  • Be patient when tested by Allah SWT. Do not stop praying and putting your trust in Allah SWT because Allah SWT promises His servants that “Every Difficulty Must Have Ease.”

Ibu dan Ayah: Hadiah Terindah dari Allah SWT

Firman Allah SWT:

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٖ وَفِصَٰلُهُۥ فِي عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيۡكَ إِلَيَّ ٱلۡمَصِيرُ

Maksudnya: Kami telah memerintahkan manusia agar melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkan dalam keadaan lemah (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam usia dua tahun. (Maka) bersyukurlah kepadaKu serta kepada kedua ibubapamu dan hanya kepada Akulah tempat kembali.

Surah Luqman: Ayat 14

  • Ibu dan ayah adalah anugerah terhebat dalam kehidupan, sumber cinta, doa, dan pengorbanan yang tidak ternilai. Kehilangan mereka adalah ujian besar yang meninggalkan kekosongan mendalam, namun Islam mengajarkan kita untuk menghormati, mendoakan, dan terus mengenang jasa mereka.
  • Dalil-dalil Al-Quran dan hadis menekankan kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa, menghormati mereka semasa hayatnya, serta mendoakan keampunan dan rahmat bagi mereka setelah mereka tiada. Walaupun kehilangan mereka sukar diterima, kasih sayang dan kenangan mereka tetap hidup dalam hati kita.
  • Sebagai anak, tanggungjawab kita ialah memastikan doa dan amalan baik sentiasa dikirimkan kepada mereka sebagai bukti cinta yang abadi. Semoga Allah mengampuni dosa mereka, merahmati roh mereka, dan mengumpulkan kita kembali di syurga-Nya kelak.

Rahsia Tuhan

Firman Allah SWT:

وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـٔٗا وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Maksudnya: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

  • “Rahsia Tuhan” adalah konsep yang merujuk kepada perkara-perkara yang tersembunyi, tidak sepenuhnya difahami oleh manusia, atau hikmah di balik ketentuan Allah yang sering kali melampaui akal dan pengetahuan manusia.
  • Dalam Islam, rahsia Tuhan mengandungi makna mendalam tentang kebesaran, keadilan, kasih sayang, dan kebijaksanaan-Nya.
  • Rahsia Tuhan mengajarkan kita tentang keterbatasan manusia dan keharusan berserah diri kepada-Nya dengan penuh tawakal, sabar, dan syukur. Walaupun rahsia ini sering kali tersembunyi, memahami kebesaran dan kasih sayang Allah dapat menjadi panduan hidup yang bermakna.

Untung Yang Rugi

Firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ يَأۡكُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِي يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَالُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡبَيۡعُ مِثۡلُ ٱلرِّبَوٰاْۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوۡعِظَةٞ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمۡرُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَنۡ عَادَ فَأُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ

Maksudnya: Orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikain ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Maka sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan daripada Tuhannya lalu dia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan urusannya terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.

Surah al-Baqarah: Ayat 275

  • Ada yang menyamakan perniagaan dengan riba, sedangkan kedua-duanya sangat berbeza. Perniagaan adalah halal dan berlandaskan prinsip keadilan, sementara riba adalah amalan yang zalim dan dilarang oleh Allah.
  • Riba tidak hanya membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan, seperti ketidakstabilan ekonomi dan jurang kekayaan yang semakin melebar.
  • Ayat ini juga menjadi asas dalam ekonomi Islam untuk melarang sebarang bentuk riba dan menggalakkan sistem kewangan yang beretika.

Kembalilah Untuk Taat Meskipun Usia Dipenuhi Dengan Maksiat

Firman Allah SWT:

قُلۡ يَٰعِبَادِيَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hamba yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa (kecuali syirik). Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.

Surah Az-Zumar: Ayat 53

  • Putus asa adalah salah satu perangkap syaitan. Ayat ini mengingatkan bahawa rahmat Allah tidak terbatas, dan pengampunan-Nya meliputi segala dosa.
  • Allah SWT mengampuni dosa bagi mereka yang ikhlas bertaubat dan kembali kepada-Nya. Ini adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya.
  • Tidak ada dosa yang terlalu besar untuk diampuni selagi manusia bersungguh-sungguh memohon ampun dan memperbaiki diri.

Rezeki

Firman Allah SWT:

قُلۡ إِنَّ رَبِّي يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ وَيَقۡدِرُ لَهُۥۚ وَمَآ أَنفَقۡتُم مِّن شَيۡءٖ فَهُوَ يُخۡلِفُهُۥۖ وَهُوَ خَيۡرُ ٱلرَّٰزِقِينَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan. Apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki”.

Surah Saba: Ayat 39

  • Allah akan menggantikan apa yang disedekahkan dengan keberkahan harta di dunia dan pahala yang besar di akhirat.
  • Jom tingkatkan sedekah, derma, wakaf kerana itulah yang kekal dan menetap pahala kebaikannya untuk kita, meskipun secara mata kasarnya harta tersebut berkurang.