Bersungguh-Sungguh Dalam Berdoa

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ، اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي إِنْ شِئْتَ، لِيَعْزِمِ المَسْأَلَةَ، فَإِنَّهُ لاَ مُكْرِهَ لَهُ

Jangan sekali-kali ada sesiapa dalam kalangan saudara berdoa begini, “Ya Allah! Ampunkan aku sekiranya Engkau mahu. Ya Allah! Kasihanilah aku sekiranya Engkau mahu”. Berdoalah bersungguh-sungguh, kerana tiada siapa dapat memaksa Allah.

(Riwayat al-Bukhari, 6339 dan Muslim, 2679)