Dari Anas bin Malik, ia berkata :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ .
Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berbuka puasa sebelum solat dengan ruthab (kurma basah), jika tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), dan jika tidak ada tamar, beliau meminum seteguk air.
Riwayat Ahmad (12265); Abu Daud, 2356.
Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wa sallam memberikan contoh kepada umat Islam yang berpuasa untuk mengikuti baginda ketika berbuka puasa, dan hadis ini menjelaskan sunnah tersebut. Antaranya, berbuka puasa sebelum solat Maghrib. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa afdhalnya menyegerakan berbuka puasa.
Selain itu, kita perlu berbuka puasa dengan ruthab (kurma basah), atau tamar (kurma kering) jika tiada ruthab. Jika kurma tidak tersedia, maka boleh berbuka puasa dengan air. Di negara-negara di mana kurma tidak tersedia secara meluas, boleh menggantikannya dengan buah-buahan lain.