Muslim Patani

Orang Patani Muslim adalah komuniti Melayu Islam yang tinggal di selatan Thailand, terutamanya di wilayah Pattani, Yala, Narathiwat, dan sebahagian Songkhla. Mereka mempunyai identiti budaya dan agama yang unik, berbeza daripada majoriti penduduk Thai yang beragama Buddha.

Sejarah: Kawasan ini dahulunya merupakan sebuah kerajaan merdeka yang dikenali sebagai Kesultanan Patani. Kemudian, ia menjadi sebahagian daripada Thailand pada awal abad ke-20. Komuniti ini telah lama menentang usaha kerajaan Thailand untuk mengasimilasikan mereka ke dalam budaya Thai.

Budaya dan Agama: Orang Patani Muslim bercakap dalam dialek Melayu dan mengamalkan ajaran Islam Sunni. Tradisi agama dan budaya mereka sangat penting bagi identiti mereka.

Konflik: Sejak awal 2000-an, kawasan ini telah menyaksikan keganasan berterusan akibat pemberontakan pemisah. Pemberontak, yang kebanyakannya orang Patani Muslim, ingin mendapatkan lebih banyak autonomi atau kemerdekaan daripada Thailand. Konflik ini telah menyebabkan kesukaran yang besar di kawasan tersebut.

Situasi Semasa: Kawasan ini masih kurang membangun, dengan peluang ekonomi yang terhad dan ketegangan yang berterusan. Kerajaan Thailand telah berusaha untuk menangani konflik ini, tetapi penyelesaian yang kekal masih sukar dicapai.

Secara ringkasnya, orang Patani Muslim adalah komuniti yang unik di selatan Thailand dengan warisan budaya yang kaya, tetapi mereka menghadapi cabaran berterusan akibat konflik dan dipinggirkan.

Akan Ada Yang Sentiasa Menegakkan Agama Allah

Akhir-akhir ini telah berlaku banyak kematian ulama dan orang-orang penting di dalam agama ini. Ada di antara kita yang gusar akan hal ini.

Semoga mereka yang meninggal dunia ketika menegakkan hukum Allah akan sentiasa dirahmati Allah.

Namun jangan lah pula kita putus harapan kepada dunia ini. Yakinlah bahawa pasti akan ada yang menegakkan agama Allah ini sepanjang zaman. Nabi SAW bersabda:

لاَ يَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ ‏

Maksudnya: “Akan sentiasa ada satu kelompok daripada umatku yang menegakkan (kebenaran) hingga datang kepada mereka perintah Allah (Hari Kiamat) dan mereka masih dalam keadaan menegakkan (kebenaran).”

Riwayat al-Bukhari (7311)

Maka usah lah khuatir. Kemenangan agama ini ialah janji Allah.

Sungguh Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

3 Jenis Mati Syahid

Dalam kitab ‘At-Taudhih’ disebutkan: Orang yang mati syahid ada 3:

Syahid dunia dan akhirat, merekalah orang yang terbunuh di medan perang melawan orang kafir.

Syahid akhirat, namun hukum di dunia tidak syahid. Mereka adalah orang yang disebut syahid, namun mati di selain medan perang.

Syahid dunia, dan bukan akhirat. Dialah orang yang mati di medan jihad, sementara dia ghulul (mencuri ghanimah), atau terbunuh ketika lari dari medan perang, atau sebab lainnya.

(Umdatul Qari Syarh Shahih Bukhari, 14/128).

Tanda-Tanda Pengamal Perubatan Islam Yang Batil

Berikut adalah tanda-tanda pengamal perubatan Islam yang batil:

  1. Mengetahui masa depan dan masa silam: Mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT.
  2. Meminta pengeras ketika menjalankan perubatan: Mengambil bayaran yang tidak munasabah atau wajib meminta hadiah sebagai syarat untuk rawatan.
  3. Meminta gambar pesakit untuk tujuan perubatan: Menggunakan gambar pesakit dengan alasan kononnya untuk tujuan rawatan, yang mana ini tidak mempunyai asas dalam perubatan Islam.
  4. Meminta nama ibu pesakit: Meminta maklumat seperti nama ibu pesakit untuk tujuan perubatan yang tidak jelas tujuannya dalam perubatan Islam.
  5. Menggunakan jampi dengan bahasa yang tak diketahui: Menggunakan jampi atau mantera dalam bahasa yang tidak difahami atau tidak dikenali oleh pesakit.
  6. Mencampurkan ayat suci Al-Quran dengan jampi-jampi lain: Menggabungkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan jampi atau mantera lain yang tidak diambil daripada ajaran Islam yang sahih.
  7. Mendakwa boleh melihat zat jin secara zahir: Mengaku boleh melihat jin atau makhluk halus dengan mata kasar, yang mana ini tidak dibuktikan dalam ajaran Islam.
  8. Mendakwa boleh masuk ke alam bunian: Mengaku boleh masuk atau berinteraksi dengan alam bunian atau alam ghaib lain.
  9. Mengakui ada alam lain yang dia boleh berhubung: Mendakwa boleh berhubung atau berkomunikasi dengan alam-alam lain selain daripada alam manusia.
  10. Bercanggah dengan Al-Quran dan hadis sahih: Mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan hadis sahih.
  11. Mengharuskan lelaki dan perempuan tak mahram bersentuhan: Menghalalkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dalam rawatan tanpa keperluan syar’i.
  12. Memerangkap jin dalam botol: Mengaku boleh menangkap dan memenjarakan jin dalam objek seperti botol.
  13. Memberikan takal atau azimat: Memberi pesakit tangkal, azimat, atau sebarang objek yang kononnya mempunyai kuasa ghaib untuk perlindungan atau penyembuhan.

Tanda-tanda ini penting untuk dikenal pasti agar masyarakat dapat mengelakkan diri daripada tertipu dan terjebak dengan amalan yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.

Apabila Datang Musibah

Apabila datang musibah, tahanlah lidah kita dari berkata perkataan-perkataan yang keji. Sepatutnya kita sentiasa positifkan fikiran. Mungkin saja musibah ini datang sebagai pengampun dosa buat kita.

Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi ﷺ bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

Maksudnya: “Tidaklah seorang muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya.”

Sahih Riwayat al-Bukhari (5641)

Bayangkan, duri yang melukai pun boleh jadi penghapus dosa buat kita. Begitulah sayangnya Allah kepada kita, sehingga hal sekecil itu menjadi asbab keampunan-Nya.

Positifkan fikiran kita, sentiasa berhusnuzon dengan Allah dan jangan sesekali menyalahkan takdir. Pastinya setiap perkara itu ada hikmahnya.

Bohong Senohong

Salah satu sifat yang paling penting yang boleh dimiliki oleh seseorang ialah amanah dan jujur kepada diri sendiri. Berbohong melahirkan ketidakjujuran dan kerosakan.

Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam dikenali sebagai Al-Amin, atau ‘Yang Diperjayai’, sepanjang hidupnya sebelum baginda menerima wahyu sebagai utusan terakhir Allah pada usia 40 tahun. Muhammad Salallhu Alaihi Wassalam sangat dipercayai dalam masyarakatnya sehingga orang ramai menyimpan barang berharga mereka dengannya kerana beliau adalah satu-satunya yang mereka boleh percayai!

Jelasnya, Islam mengaharamkan perbuatan menipu.

Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh; dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu; dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya. [Surah An-Nahl:92]

Seksa Kubur Itu Benar

Azab kubur adalah satu perkara yang penting dalam ajaran Islam. Ia merujuk kepada siksaan atau hukuman yang diterima oleh seseorang selepas kematiannya, semasa berada di alam barzakh (alam perantaraan antara dunia dan akhirat) sebelum Hari Kiamat. Azab kubur dikenali melalui dalil-dalil Al-Quran dan hadith yang memberi amaran kepada manusia tentang akibat perbuatan mereka di dunia.

“Sesungguhnya kubur itu adalah satu taman dari taman-taman syurga atau satu lubang dari lubang-lubang neraka.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Azab kubur adalah satu peringatan bagi kita semua untuk sentiasa memperbaiki diri dan meningkatkan amalan baik. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, dan apa yang kita lakukan di sini akan menentukan nasib kita di akhirat. Oleh itu, marilah kita sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya agar kita terselamat dari azab kubur dan mendapat husnul khotimah (penutupan yang indah).

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. [Surah Al-Anbiya : 21]

Al-Quran menyebutkan hal ini sebanyak 3 kali.. Setiap benda hidup akan mengalami kematian.. Setiap jiwa akan merasai kematian. Allah tidak mengatakan bahawa kita akan mati. Kematian mempunyai rasa, oleh itu Allah menyatakan kita akan merasai kematian dan bukannya kita akan mendapatnya. Bagi mereka yang bersedia, ia adalah pengalaman yang menyenangkan. Kita terlalu terikat dengan dunia ini, bertindak seolah-olah kita akan berada di sini selama-lamanya, sehingga ia menjadi pahit bagi mereka yang melupakannya. Sebaliknya, kita semua tahu bahawa kematian sentiasa mengejar kita, seperti mana kita mengejar kehidupan sementara ini!

Setiap Jiwa akan Mengalami Kematian! Kematian adalah kepastian. Ia adalah satu-satunya perkara dalam hidup yang pasti kita ketahui. Tidak kira usia atau keadaan kesihatan kita. Kita semua akhirnya akan menemui kematian. Kita seharusnya sentiasa bersedia.

Ramai rakan-rakan kita, ahli keluarga, dan orang tersayang telah meninggalkan kita hari ini; esok, giliran kita pula. Secara jujurnya, kita tidak tahu bila saat kita akan tiba. Marilah kita sentiasa bersedia dan taat kepada Allah.

Motivasi Ibadah Korban

Nabi Ibrahim Alaihissalam diuji dengan pengorbanan yang sangat berat iaitu harus mengorbankan anak baginda yang sangat dicintai,Nabi Ismail Alaihissalam. Nabi Ismail diperintahkan untuk disembelih, kemudian Allah gantikan dengan korban seekor kambing. Hal ini dijadikan syariat sehingga untuk umat Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam. Kita juga dianjurkan untuk berkorban sebagaimana Nabi Ibrahim.

Korban ialah ibadah yang sangat dianjurkan sehingga dalil tentang korban juga sering digandingkan dengan ibadah solat. Sebagaimana dalil,

“Maka solatlah kamu kerana Rabbmu dan menyembelihlah (karena Rabbmu)” (QS: Alkautsar: 2)

“Katakan sesungguhnya solat ku, sembelihan ku, hidup dan matiku adalah untuk Allah Rabb alam semesta yang tiada sekutu baginya, dan untuk hal yang demikian itulah aku diperintahkan dan aku adalah orang yang pertama berserah diri.” (QS. Al-An’am : 162)

Semoga dapat dijadikan motivasi untuk kita membuat ibadah korban atas kemampuan.

Nabi Muhammad: Insan Terbaik

Allah itu indah dalam setiap hal. Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasalam mempamerkan semua sifat mahmudah dalam bentuk yang sempurna. Baginda tegas, suci, dan terpuji. Baginda telah menjadi tauladan bagi sifat-sifat mulianya dan mencapai tahap kesolehan yang sempurna.

Di dalam Surah Al-Qalam, Allah berfirman, “Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia..”(68:4)

Jelas dan benar apa yang dikatakan. Malah, semua orang masih akui dan memuji sifat-sifat Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasalam.

Buku-buku yang telah ditulis mengenai Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasalam banyak berkisarkan maklumat tentang kisah hidupnya, peristiwa, dan tarikh-tarikh penting. Repotasi Baginda sebagai seorang yang budiman dan lelaki yang berprinsip moral tidak dapat disangkal.

Ini adalah hal yang lebih penting dalam kewujudannya. Kebaikannya adalah apa yang menjadikan baginda insan terbaik, selain daripada pengorbanan dan perjuangannya di jalan Allah yang berterusan. Tingkah laku yang terpuji inilah yang sepatutnya kita contohi generasi ke generasi.