Isteri Bersyukur & Berterima Kasih

Bersyukurlah nescaya rezekimu bertambah.

Firman Allah ﷻ:

لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ

“Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepadamu.”

Kerana itu para isteri diingatkan supaya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada suami khususnya jika si isteri bergantung pada suaminya itu.

[Al-Quran, Ibrahim, 14:7]

لا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى امْرَأَةٍ ‌لا ‌تَشْكُرُ ‌لِزَوْجِهَا، وَهِيَ لا تَسْتَغْنِي عَنْهُ

“Allah tidak akan melihat isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya, padahal dia memerlukan suaminya itu.”

Sabda Nabi ﷺ:

[Sahih. Riwayat al-Hakim]

Justeru pasangan suami isteri yang baik ialah mereka yang saling menunaikan tanggungjawab masing-masing dan saling menghargai antara satu sama lain.

Orang Yang Selamat Dari Azab

Keutamaan istighfar

Allah ﷻ mengkhabarkan bahawa Dia tidak akan menurunkan azabNya ke atas mereka yang beristighfar.

Firman Allah ﷻ:

وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمۡ وَهُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ

“Dan Allah tidak akan menyeksa mereka ketika mana mereka sedang beristighfar.”

[Al-Quran, al-Anfaal, 8:33]

Dalam ayat di atas Allah ﷻ mengkhabarkan bahawa Dia tidak akan menyeksa manusia ketika mana mereka beristighfar.

Ini kerana istighfar menghapuskan dosa yang menjadi sebab turunnya azab.

Justeru dengan istighfar Muslim dapat selamat daripada azab.

Astaghfirullah wa atubu ilaih.

Melihat Anak Bulan Zulhijah, Ikut Malaysia Atau Mekah ?

Masuknya bulan Zulhijah apabila nampak anak bulannya.

Cuma ada perbahasan dalam kalangan para ulama berkenaan isu perbezaan masa terbit anak bulan (ikhtilaf al-matalik) sama ada penampakan anak bulan di satu tempat boleh diguna pakai untuk tempat-tempat lain atau tidak.

Majoriti para ulama berpendirian bahawa perbezaan masa terbit anak bulan tidak memberi apa-apa kesan maka penampakan anak bulan di sesebuah tempat terpakai di semua tempat lain.

Contohnya sekiranya anak bulan kelihatan di tempat A maka keesokan harinya adalah tanggal satu hari bulan Hijrah di seluruh dunia tidak kira sama ada bulan Ramadan, Zulhijah atau mana-mana bulan Hijrah lain.

Ini berdasarkan keumuman sabda Nabi ﷺ:

صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا الْعِدَّةَ.

“Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan dan berbukalah kamu apabila kamu melihatnya. Dan sekiranya terdapat awan yang menghalang maka genapkanlah hitungan (30 hari).”

(Sahih. Riwayat Muslim)

Continue reading Melihat Anak Bulan Zulhijah, Ikut Malaysia Atau Mekah ?

Berdoa Dalam Selain Bahasa Arab Ketika Solat

Sekalipun ada perbezaan pendapat, tetapi InsyaAllah PANDANGAN yang rajih YANG KUAT sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh Al-Albani, Syeikh Muhammad bin Saleh Al-Uthaimin, Syeikh Saleh Al-Fauzan dan yang lain ialah pandangan yang MENGHARUSKAN BERDOA DALAM BAHASA SELAIN ARAB bagi mereka yang tidak mampu berbahasa Arab.

Ini kerana TIADA NAS yang MELARANG sedemikian. Tambahan pula, inilah pandangan yang menepati kaedah-kaedah umum Agama yang bersifat memudahkan; bukan menyusahkan; lebih-lebih lagi dalam keadaan TERPAKSA seperti berdoa bagi mereka yang tidak pandai berbahasa Arab.

Continue reading Berdoa Dalam Selain Bahasa Arab Ketika Solat

Kaedah Dalam Cara Pergaulan

– Akhlak Mulia
– Cara Berpakaian

Kaedah terbaik dalam cara pergaulan ialah untuk kita bergaul dengan orang lain mengikut cara seperti mana kita suka orang lain bergaul dengan kita.

Sabda Nabi ﷺ:

فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ ‌يُزَحْزَحَ ‌عَنِ ‌النَّارِ وَيُدْخَلَ الْجَنَّةَ، فَلْتَأْتِهِ مَنِيَّتُهُ وَهُوَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِر، وَلْيَأتِ إلى ‌النَّاس الَّذِي ‌يُحِبُّ أَنْ يُؤْتَى إِلَيْهِ.

“Barang siapa ingin dijauhkan daripada api neraka dan masuk ke dalam syurga maka hendaklah ajalnya tiba dalam keadaan dia beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan hendaklah dia bergaul dengan manusia mengikut cara seperti mana dia suka orang lain bergaul dengannya.”
[Sahih. Riwayat Muslim]

Continue reading Kaedah Dalam Cara Pergaulan

Tidur Sebelah Kanan Atau Kiri?

Tidur mengiring sebelah kanan lebih mudah terjaga. Ulama menjelaskan bahawa tidur mengiring sebelah kanan tidak nyenyak berbanding sebelah kiri.

Ini kerana hati (jantung) manusia tergantung di sebelah kiri dan sekiranya seseorang itu tidur mengiring sebelah kirinya nescaya tidurnya akan nyenyak kerana merasa senang dan enak.

Berbeza jika tidur mengiring sebelah kanan. Orangnya akan merasa tidak selesa lalu tidak akan tidur lena kerana hati merasa gusar.

Continue reading Tidur Sebelah Kanan Atau Kiri?