Apabila Berlaku Sesuatu Yang Tidak Diingini

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

فَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَّرَ اللَّهُ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

“Jika sesuatu yang tidak elok dan tidak disukai menimpa kamu, janganlah berkata: ‘Kalaulah aku lakukan sebegini maka akan berlaku begini’. Tetapi ucapkanlah: (Qaddarallahu Wa Mashaa Fa’al) ‘Sudah takdir Allah dan Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki’. Kerana sesungguhnya perkataan ‘kalau’ akan membuka pintu untuk kerja buat syaitan.”

Riwayat Muslim (2664)