Dari Sahl bin Sa’d As Sa’idi dia berkata, “Seorang laki-laki datang kepada Nabi ﷺ berkata, “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang jika aku kerjakan maka Allah dan seluruh manusia akan mencintaiku”. Rasulullah ﷺ bersabda:
ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوكَ
Maksudnya: “Berlakulah zuhud dalam urusan dunia nescaya kamu akan dicintai Allah, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki orang lain nescaya kamu akan dicintai oleh manusia.”
Sahih Riwayat Ibnu Majah, 4092
- Zuhud bermakna bersederhana dalam kehidupan, tidak memandang dunia melebihi akhirat namun dalam masa yang sama tidak meninggalkan dunia secara keseluruhan.
- Zuhud bukan bererti menolak dunia malah dia akan bekerja bersungguh-sungguh dengan niat semata-mata kerana Allah. Menggunakan segala yang dimiliki dalam usaha memberi khidmat kepada orang ramai dan hanya mengambil sekadar yang perlu.