Waktu-Waktu untuk Membayar Zakat Fitrah

Daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِزَكَاةِ الفِطْرِ قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ

Maksudnya: “Nabi SAW memerintahkan untuk membayar zakat fitrah sebelum orang ramai keluar untuk mengerjakan solat (hari raya).”

Sahih al-Bukhari (1509)

  • Terdapat lima waktu untuk membayar zakat fitrah yang mana harus bagi umat Islam membayar zakat tersebut setelah masuknya bulan Ramadan, waktu wajib ialah pada malam satu syawal dan afdal pula waktunya membayar pada pagi hari raya sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Manakala selepas selesai solat sunat tersebut makruh pula hukumya dan melewatkan pembayaran sehingga luput satu Syawal adalah haram.
  • Oleh itu, setiap individu muslim hendaklah peka dan cakna terhadap kelima-lima waktu ini supaya dapat menghindari diri kita dari lewat membayar zakat.