Firman Allah SWT:
إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ
Maksudnya: Jika kamu berbuat kebaikan, maka kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka keburukan akan menimpa diri kamu juga.
Surah Al-Isra’ : Ayat 7
- Teruslah berbuat baik sehingga kebaikan itu menjadi sesuatu yang akan membahagiakan kita saat bertemu dengan Allah.
- Lakukanlah segala kebaikan walaupun sekecil-kecil perkara kerana kita tidak tahu kebaikan mana yang akan menghantarkan kita menuju ke syurga-Nya.