Tahukah anda ada beberapa sunnah yang boleh dilakukan ketika mendaki. Tidak mengira ketika mendaki lereng, bukit ataupun gunung, sunnah ini masih boleh digunakan.
Sunnah mudah itu ialah
- Mengucapkan “Allahuakbar” ketika mendaki.
- Mengucapkan “Subhanallah” ketika menurun.
Hal ini sebagaimana dalil,
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم و أصحابه إذا علوا الثنايا كبروا و إذا هبطوا سبحوا
Rasulullah ﷺ dan para sahabatnya biasa jika melewati jalan mendaki, mereka bertakbir (mengucapkan “Allahu Akbar”). Sedangkan apabila melewati jalan menurun, mereka bertasbih (mengucapkan “Subhanallah”).
(HR Abu Dawud : 3599 disahihkan oleh Al-Albani).
Adakah sunnah ini khas untuk pejalan kaki sahaja?
Jawapannya tidak,
Sunnah ini juga boleh dilakukan ketika mendaki jalan dengan memandu kereta, menunggang motor malah jika hanya sebagai penumpang bas.
Wallahualam.