Daripada Abdullah Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا
Maksudnya: Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam.
Riwayat al-Bukhari, 998
- Solat sunat witir ini merupakan salah satu amalan yang diamalkan oleh Rasulullah ﷺ. Solat sunat ini juga telah disebut dalam hadis yang mana bukti solat ini diamalkan oleh Rasulullah ﷺ.
- Antara waktu yang boleh digunakan untuk melaksanakan solat sunat witir ini ialah:
- Sebolehnya dilakukan pada waktu malam dan pada akhir solat malam.
- Selepas solat isyak.
- Boleh dilakukan sebelum mahupun sesudah bangun daripada tidur.
- Tidak sah sekiranya dilakukan sebelum solat isyak.
- Perlu selesai dilakukan sebelum tiba waktu subuh.