Puasa adalah Menahan Lidah daripada Perkataan Keji

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi ﷺ bersabda:

‌مَنْ ‌لَمْ ‌يَدَعْ ‌قَوْلَ ‌الزُّورِ وَالعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji dan amalannya, maka Allah tidak berhajat pada seseorang yang meninggalkan makan dan minumnya”.

Riwayat al-Bukhari (1903)

  • Puasa bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum, akan tetapi puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan yang melalaikan dan perkataan keji.
  • Perkataan keji yang diucapkan ketika sedang berpuasa tidak membatalkan puasa. Namun, boleh menyebabkan puasa seseorang itu menjadi sia-sia dan tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.