Hikmah Menyegerakan Berbuka Puasa

Daripada Sahl bin Saad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“عن سهل بن سعد أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ” لا يزال الناس بخير ما عجَّلوا الفطر “

“Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya mendapat kebaikan yang berterusan”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari, 1856 dan Muslim, 1098)

Baik Terhadap Jiran

Abi Syuraih al-Khuzaʻi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ

Maksudnya: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah berbuat kebaikan kepada jirannya.

(Riwayat Muslim, 48)

Qiyam di Bulan Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya : Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu.
(Riwayat Al-Bukhari, 37)

Hadis Perintah Menjaga Lisan

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW Baginda bersabda :

وعن أَبي هريرة – رضي الله عنه – عن النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ: «مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ» متفق عَلَيْهِ

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA, dia berkata: Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah keselamatan?” Baginda bersabda :

وعن عقبة بن عامرٍ – رضي الله عنه – قَالَ: قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ مَا النَّجَاةُ؟ قَالَ: «أَمْسِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ، وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ، وابْكِ عَلَى خَطِيئَتِكَ». رواه الترمذي، وقال: حديث حسن

“Tahanlah lisanmu, dan jadikanlah rumahmu luas (dengan mengingati Allah dan ketaatan), dan tangisilah dosamu.”
(Riwayat Al-Tirmizi, Hadis Hasan)

Doa Anak Soleh

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Riwayat Muslim 1631)

Pada Sahur Itu Ada Keberkatan

Sabda Nabi SAW,

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Sahih Al Bukhari dan Muslim)

إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلاَ يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِىَ حَاجَتَهُ مِنْهُ

Maksudnya: “Jika salah seorang di antara kalian mendengar azan sedangkan bekas makanan terakhir masih ada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya hingga dia menunaikan hajatnya (makan) hingga selesai.” (Sahih, Riwayat Abu Dawud)

Ramadhan Bulan Keberkatan dan Kemuliaan

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ ، إيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu”.

Riwayat al-Bukhari (2009)

Terlindung dari Fitnah Dajjal

Daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

“Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.”

(Hadis Riwayat Muslim:1342)

Bersedekah Ketika Kita Susah

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ: “Wahai Rasulullah, Apakah sedekah yang paling besar pahalanya?” Sabda Rasulullah ﷺ:

أَنْ تَصَدَّقَ وأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الفَقْرَ، وتَأْمُلُ الغِنَى، ولَا تُمْهِلُ حتَّى إذَا بَلَغَتِ الحُلْقُومَ

Maksudnya: “(Sedekah yang paling besar ganjarannya ialah) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan.”

Hadis Riwayat al-Bukhari, 1419

Ujian Penghapus Dosa

Daripada Abi Sa’id al-Khudri dan Abi Hurayrah RA berkata, baginda Nabi ﷺ bersabda:

مَا يُصِيْبُ الْمُؤْمِنُ مِنْ وَصَبٍ وَلاَ نَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حَزَنٍ وَلا غَمٍّ وَلاَ أَذَى حَتَّى الشَّوْكَةُ يُشَاكُهَا إٍلاَّ كَفَّرَ اللهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ.

Maksudnya: “Tidaklah ditimpa orang mukmin itu berasa sakit (secara berterusan), berasa penat dan khuatir (dalam fikiran), berasa sedih dan hiba (kerana sesuatu yang menimpa), rasa kegelisahan hati atau sesuatu yang memedihkan sehingga merasakan duri yang menusuk melainkan dihapuskan dosa-dosanya.”

(HR Al Bukhari : 5641)