Membuat Contoh Yang Baik

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Barang siapa yang mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa yang mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.”

Riwayat Muslim, 2674

Doa Penyejuk Mata

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

Surah al-Furqan: 74

Orang Yang Selamat Dari Azab

Keutamaan istighfar

Allah ﷻ mengkhabarkan bahawa Dia tidak akan menurunkan azabNya ke atas mereka yang beristighfar.

Firman Allah ﷻ:

وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمۡ وَهُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ

“Dan Allah tidak akan menyeksa mereka ketika mana mereka sedang beristighfar.”

[Al-Quran, al-Anfaal, 8:33]

Dalam ayat di atas Allah ﷻ mengkhabarkan bahawa Dia tidak akan menyeksa manusia ketika mana mereka beristighfar.

Ini kerana istighfar menghapuskan dosa yang menjadi sebab turunnya azab.

Justeru dengan istighfar Muslim dapat selamat daripada azab.

Astaghfirullah wa atubu ilaih.

Hindari Rasuah

Firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Surah al-Baqarah: 188

Marilah kita berdoa supaya kita dijauhkan daripada melakukan perbuatan keji dan munkar seperti rasuah dengan sentiasa menanamkan sikap amanah, jujur dan ikhlas dalam setiap tugas dan pekerjaan.

Doa Nabi Musa

Nabi Musa pernah berdoa kepada Allah agar diberikan kelapangan dada, dipermudahkan urusan dan diberikan kefasihan bertutur. Firman Allah SWT:

رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِي صَدۡرِي وَيَسِّرۡ لِيٓ أَمۡرِي وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةٗ مِّن لِّسَانِي يَفۡقَهُواْ قَوۡلِي

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku. Dan permudahkanlah tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku. Supaya mereka faham perkataanku. “

Surah Taha: 25-28

Doa Memelihara Aib

Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah ﷺ sering mengulang-ulang doa ini pada waktu pagi dan petang:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ، وَأَهْلِي وَمَالِي. اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي. اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ مِنْ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Maksudnya: Ya Allah aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan pada agamaku dan duniaku, pada ahli keluargaku dan hata bendaku. Ya Allah tutuplah auratku (aib dan kelemahan), dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah peliharalah aku daripada bahaya yang datang dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kriku, dari atasku, dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada tergelincir daripada bawahku.

Riwayat Abu Daud (5074)

Berpuasa Pada Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

صِيَامٌ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَن يُكَفِّرُ السَّنَّةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالَّتِي بَعْدَهُ

Maksudnya: “Puasa pada hari Arafah, Aku berharap pada Allah agar dihapuskan dosa bagi setahun sebelum dan sesudahnya.”

Riwayat Muslim, 1162

Larangan Mempersendakan Agama

Umat Islam dilarang daripada menjadikan agama sebagai bahan gurauan dan jenaka, firman Allah SWT:

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ

Maksudnya: “Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji).”

Surah Al-An’aam: 70

Doa Apabila Ditimpa Musibah

Baginda ﷺ bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan doa ini ketika ditimpa musibah, Allah pasti akan menggantikan buatnya sesuatu yang lebih baik.”

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ ini:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya”.

Hadis Riwayat Muslim, 918

Allah Menyukai Orang Yang Bertaubat

Daripada Aisyah R.Anha, Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا اعْتَرَفَ بِذَنْبِهِ ثُمَّ تَابَ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya hamba, jika dia mengakui dosanya dan kemudian dia bertaubat, nescaya Allah SWT menerima taubatnya.”

Riwayat al-Bukhari, 2661

Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa bertaubat dan diterima taubatnya di sisi Allah SWT.