Firman Allah SWT:
وَجَزَىٰهُم بِمَا صَبَرُواْ جَنَّةٗ وَحَرِيرٗا
Maksudnya: Dia memberikan ganjaran kepada mereka kerana kesabaran mereka (mengerjakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya) dengan syurga dan (pakaian daripada) sutera.
Surah Al-Insan: Ayat 12
- Allah SWT menjanjikan Syurga buat Muslim yang bersabar dengan segala ujian di dunia.
- Mereka yang bersabar dalam mentaati perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya turut dijanjikan Syurga.
- Oleh itu, sentiasalah mendidik diri kita agar mampu bersabar sedikit atas kesusahan di dunia supaya Allah SWT akan kurniakan Syurga yang tidak ternilai di akhirat nanti.