Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA daripada Nabi ﷺ bersabda:
الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ
Maksudnya: “Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah (apabila) seseorang Muslimin (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.”
Riwayat al-Bukhari (6484)
- Muslim yang sempurna adalah seseorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain).
- Seseorang Muslim yang baik juga ialah apabila dia mampu menjaga keselamatan orang lain selepas dirinya berhijrah meninggalkan perkara-perkara buruk yang dimurkai Allah SWT.
- Marilah sama-sama kita melakukan penghijrahan dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik serta diredhai Allah SWT.