Abdullah Ibn ‘Amru R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :
الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Maksudnya : Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya.
Riwayat Al-Bukhari (6484)
- Sesungguhnya setiap perkataan yang keluar daripada mulut seseorang insan boleh menyebabkannya dirinya dimasukkan ke dalam syurga. Sebaliknya jika perkataan tersebut mengundang kemurkaan Allah SWT, maka ia boleh menjadi sebab diri seseorang dilemparkan ke dalam neraka.
- Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
- Marilah sama-sama kita cuba untuk menjadi seorang muslim yang baik pada peribadi atau akhlak dengan menjadikan Rasulullah ﷺ sebagai contoh ikutan yang terbaik.