Membela Uban

Ada orang yang mungkin malu dengan ubannya yang putih di atas kepala. Sehingga ada diantara mereka yang meminta anak mereka untuk mencabutnya dengan upah tertentu seperti 10 sen untuk sehelai uban yang tercabut.

Mungkin ada yang menilai uban dengan harga 10 sen sedangkan harganya jauh lebih tinggi dari itu. Kalau lah kita tahu nilai sebenar uban, maka pastilah kita tidak akan mahu pun mencabutnya dari kepala kita.

Tahukah anda uban kita akan bercahaya di hari kiamat?

Dalil :

Hal ini sebagaimana dalil Ka’b bin Murroh radhiallahu’anhu berkata,”Saya pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي الإِسْلامِ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Barangsiapa yang telah beruban dalam Islam, maka dia akan mendapatkan cahaya di hari kiamat.”
(HR. Tirmidzi no. 1634. Disahihkan oleh Sheikh al-Albani dalam Sahih Tirmizi)

Kesimpulan

Oleh itu, membela uban ialah tuntutan seorang Muslim.
Sebagai penambahan hikmah membela uban yang lainnya ialah,

  • Mengingatkan kita akan ajal.
  • Memupuk manusia agar tidak bersifat rakus akan dunia.
  • Menambah keinginan kita untuk beramal soleh.
  • Memberikan galakan untuk lebih dihormati (atas umurnya).

Wallahualam