Dari Abu Dzar RA dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ
Maksudnya: “Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu.”.
Hadis Riwayat at-Tirmidzi.
- Rasulullah ﷺ adalah seorang yang kaya dengan senyuman.
- Dalam Islam, perbuatan senyum dikira sebagai amal kebaikan sedekah.
- Mudahkan? Tanpa perlu mengeluarkan wang atau harta, hanya menunjukkan raut wajah ceria kepada orang lain, akan memperoleh ganjaran pahala oleh Allah SWT.