Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
(Riwayat al-Bukhari, 6018)
- Rasulullah ﷺ sentiasa berpesan kepada kita agar menjaga tutur kata dan tidak menzalimi saudara kita dengan kata-kata yang menyakitkan.
- Lidah seseorang dapat menggambarkan bagaimanakah hatinya.
- Semoga Allah SWT memelihara lidah kita daripada mengucapkan perkataan yang boleh menyakiti saudara kita.