Firman Allah SWT:
وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقۡنَٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوۡلَآ أَخَّرۡتَنِيٓ إِلَىٰٓ أَجَلٖ قَرِيبٖ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
Maksudnya: “Dan nafkahkanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum ajal datang kepada salah seorang di antara kamu, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau tangguhkan kematianku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, agar aku dapat bersedekah dan menjadi orang yang soleh.”
Surah Al-Munaafiqoon: 10
- Allah SWT mengingatkan kita bahawa bersedekahlah selagi kita hidup di dunia, kerana Allah SWT telah khabarkan kepada kita nanti di akhirat ada orang yang meminta tangguh akan kematiannya kerana ingin bersedekah. Hal ini kerana orang tersebut mengetahui manfaat sedekah begitu besar, akan tetapi pengetahuan tersebut tidak lagi berguna kerana sudah berada di alam akhirat.